Brendan Rodgers bukannya panik, tetapi berhati-hati dalam meletakkan Lucas Leiva dalam kesebelasan utama. Serius saya mulanya terkejut kambing. Tapi bila tengok Southampoton main 5 ditengah, pemain yang berpengalaman perlu untuk menstabilkan keadaan. Saya tahu kritikan takkan lepas dari persembahan Lucas yang agak merimaskan, namun bila lawan pasukan yang pernah tewaskan kita di Anfield, risiko letak barisan yang terlalu menyerang mungkin akan makan diri.
Permainan Liverpool separuh pertama agak mantap dan menguasai permainan. Sangkaan saya Southmapton sedang cari rentak dan sedikit gugup. Serangan mereka banyak datang dari sebelah kanan, tempat Manquillo. Mereka sedang mencari lubuk, tapi nasib baiklah mereka tak sedar yang disebelah kiri adalah lubuk sebenar. Manquillo tampak yakin dan dia kadangkala nampak macam dah bertahun main di EPL, berurusan dengan Tadic dan Bertrand yang mengsak bertubi-tubi.
Untuk gol pembukaan, Henderson dalang segalanya sebab rampasan bola serta hantaran beliau kepada Sterling. Sedikit kredit kepada Manquillo , dialah yang menghadang Tadic/Shenderlin sejurus itu datanglah Hendo datang membantu. Sterling dan Hendo macam ada komunikasi telepatik, kerana Sterling yang berada sedikit dibahagian tepi, menyusup masuk ketengah merempit melepasi Clyne dan Fonte. Gol dihasilkan penuh ketenangan tanpa mampu di gagalkan oleh goli Soton.
Separuh kedua, penguasaan milik Southmapton. Liverpool dah berundur sejak gol separuh masa pertama. Apa benda yang Koeman bising dalam bilik persalinan saya tak tahu, namun boleh diagak yang beliau dah nampak lubuk disebelah kiri, Glen Johnson menjadi sasaran setelah tak boleh makan Adik Man. Percubaan Soton merobek pertahanna kental Liverpool berjaya. Clyne main satu-dua dengan Tadic, menghadang bola dari asakan Lovren dan tunggu Clyne mencelah masuk, Tadic mencedok bola dan larian Clyne disusuli sepakan padu. Soton 1-1 Liverpool.
Dengan Lucas dan Gerrard ditengah, Hendo boleh mati kepenatan. Southampton kian garang sejurus gol penyamaan, hampir gol lagi hasil sepakan Davis yang diselamatkan Mignolet walaupun peluang terbuka. Lucas digantikan Allen adalah taktikal baik, namun pada saya lebih bijak jika letakan Emre Can dari Allen. Kemasukan Allen pun, Johnson masih bermasalah kerana sekali lagi gerakan bahaya, dari Clyne, namun kali ini, kerjasama semua pertahanan harus dipuji kerana terjahan dan bentesan mereka mengantoikan Soton dari menambah gol.
Plan B,dimasukkan Brendan. Maksud saya Encik Lambert anak kelahiran Merseyside. Memang betul Countinho tak boleh main sebab Wanyama dan Shenderlin tak bagi Coutinho nak bebas bergerak. Lagi satu dari biar Coutinho makan but pemain tengah Soton, biar dia berehat untuk perlawanan dengan City nanti. Encik Plan B, pembawa tuah. Sejurus beliau masuk, Liverpool kembali mendahului apabila hantaran Hendo mencari kepala pemain tinggi, tetapi pemain ketot, Sterling melonjak tinggi terus ke kaki Sturridge dan gol 2-1, Anfield kembali hiruk pikut setelah bunyi cengkerik saja kedengaran sekian lama.
Satu-satunya peluang untuk Soton kembali menyamakan kedudkan dipersia-siakan oleh mereka sendiri. Pelle yang berjaya lolos dari jagaan Skrtel, mendada kemas dan memeberikan kepada Schneiderlin. Namun sepakan padu Schneiderlin ditepis hujung jari Mignolet dan menngegarkan palang, namun tandukan Long, tersipi jauh walaupun pintu gol dah ternaganga. Kredit buat Johnson sebab dia beri tekanan kepada penyerang lincah Soton itu. Mignolet meraikan kekantoian Long, dengan gembira. Padahal kita yang depan TV pon macam jantung dah nak keluar.
Apa yang dapat dari perlawanan ini selain 3 mata dan penguasaan bola 56% ialah, dari segi peluang Soton nampak santa bahaya. Davis, Schneiderlin dan terutamanya Long, mampu melingkupkan Liverpool, tapi mereka macam kena pukau oleh sorakan peminat Liverpool. Rodgers senasib dengan Wenger, dapat 3 mata, namun tak bermakna kena berbangga dengan kemenangan itu. Banyak kerja kena buat. Namun kematangan Brendan dari segi taktikal dengan membuat Plan B, adalah satu pujian. Man City pula lepas ni, harap tiada lagi Lucas dan Johnson dalam kesebelasan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJohnson dah masa di nyahkan dr liverpool
ReplyDeleteYNWA
bang..mlm td kt nsb bek xkne tapau ngan soton..sy mmg xstuju lgsg ngan taktikal liv mlm td..abg long G adlh sorg makhluk yg slalu terlepas dr ksalahan n maksum dlm liv..sy hmpr xnmpk klibat bliau..namun bila fikir blik bila kluarkn lucas dn coutinho kt dh xmenyemak kat tgh n try push dr tepi bru soton gelabah..bertrand adlh lubuk besar yg xdimanipulasi liv dr awal..liv ptt buat plan c iaitu kuatkn wing yg bleh tarik kluar bola ke arah sayap n kmasukan lambert xberguna kalu kt xde feeder trbaik..wing kiri power sy oder 1 utk tmbh bisa liv..
ReplyDeletekeh keh koeman separuh masa tak sedar johnson blah kiri... dimana ada johnson disitu ada gol... tapi jangan takut, lawan man city johnson tetap main... nak tau kenapa .. tu kena tanya BR
ReplyDelete