Prestasi Liverpool dalam kunjungan ke Amerika Syarikat cemerlang. Sebelum perlawanan dengan AC Milan, pasukan kita telah berjaya menapau Juara EPL, Man City. Kemenangan tak seberapa kerana pasukan Man City tak turunkan kekuatan sebenar. Namun secara moralnya ianya amat penting kerana Man City takkan bagi jalan mudah dan mereka juga sedaya upaya mahu menang. Lagi satu saya salut ialah pasukan kita kena dulu dan bangkit untuk dua kali penyamaan. Ini isyarat yang pasukan kita masih ada momentum musim lepas.
AC Milan bukan sekuat pasukan dekad yang lalu. Pasukan mereka dah hancur kerana mereka stabil dengan kuda-kuda tua yang mantap. Salah satu faktor kejatuhan ialah pemergian Andrea Pirlo ke kelab kuda belang, Juventus. Bek tengah Nesta pencen sebab cedera tak pulih-pulih. Seedorf dah keluar dan ketiadaan pengganti Kaka. Pengurus sekarang Filipo Inzaghi memang legenda sebagai pemain, namun cabaran getir sebagai pengurus bagi beliau mengembalikan AC Milan seperti zaman kegemilangan dulu.
Berbalik kepada perlawanan. Liverpool menurunkan barisan campuran. Saya mengandaikan formasi 4-3-3 sebab Ibe dan Sterling membantu Lambert dari sayap. Trio pemain tengah, Lucas mengambil posisi Gerrard dengan dibantu Hendo dan Allen. Dibawah Mignolet dibantu oleh gandingan bek tengah Toure dan Coates, serta dikawal dari bahagian sisi oleh Kelly dan Robinson. Taktikal ini stabil kerana bek sisi agak kurang menyerang bagi mengelakkan kepadatan dibahagian yang sayap.
Kepantasan serta kelicikan Ibe dan Sterling memang digunakan untuk menarik bek lawan supaya berpecah-belah. Disini bolehlah Hendo dan Allen naik menyerbu dan menekan pemain tengah Ac Milan suapaya mereka langsung tak bernyawa nak lepaskan diri bila bola dikuasai mereka. Hanya pada minit ke 17, Allen mendapat peluang dari menyerbu pemain tengah Milan yang lalai, melepakan rembatan tapi terkena tiang. Bola melantun kepada Sterling tapi ditanpam goli dan rezeki menggolek kearah Allen yang merembat untuk gol pembukaan Liverpool.
Selepas gol Allen, Liverpool mempunyai banyak peluang terutamanya dari gerakan Ibe dan Sterling. Gerakan Ibe. Insiden penalti yang kontroversi apabila Sterling ditolak oleh bek Milan. Pengulas mana ntah bagitau yang kekasaran Rami sangat minimal, dan Sterling berlakon macam hero filem Tamil. Penalti diambil oleh Lambert kerana rekod beliau sangat cemerlang. Namun rekod itu barai bila, Lambert kantoi kerana sepakan beliau kurang padu dan mudah diagak goli Milan. Separuh pertama tamat dengan 1-0.
Separuh kedua Liverpool bermula dengan pertukaran pemain tengah. Hendo dan Steling keluar digantikan Coady dan Suso. Ianya pertukaran langsung tanpa perubahan posisi. Namun setelah minit ke-60, Liverpool memborong masuk Sakho, Skrtel, Enrique, Johnson, Gerrard, Coutinho, Can dan Peterson. Yang kekal hanya Mignolet. Formasi kali ini lebih kepada 4-3-2-1 atau Pokok Krismas, taktik untuk menguasai bahagian tengah. Ianya lebih praktikal kerana tak perlu nak ambil risiko pulun nak cari gol.
Kesebelasan ini nampak lebih rileks walaupun penyerang solo masih hingusan. Peterson dibantu Suso dan Coutinho memang gempak kerana Paterson lebih fleksibel dan ada kemahiran pegang bola berbanding Lambert yang statik. Limpahan aksi kemahiran dan gelecekan antara Suso dan Coutinho memang meriahkan suasana. Ianya dibantu oleh Emre agresif dan Coady tak menghampakan. Saya nampak Emre bakal menjadi idola bahagian tengah kerana dia berjaya membuli pemain AC Milan termasuk Super Mario.
MIlan memang mencari gol penyamaan. Kelincahan M'baye Niang saya kagumi. Dia hampir berikan gol buat Milan tetapi sib baik Mignolet penuh waspada mengekang percubaan pemain remaja tersebut. Bek dan goli Milan buat lawak panik bila bertembung sesama sendiri apabila Kpaten Gerrard membuat lorongan kepada Suso. Liverpool membunuh hasrat Milan mencuri mata bila gol ke-2 Liverpool hadir beberpa minit sebelum masa sebenar tamat. Coutinho melakukan hantaran lintang kepada Suso dan disudahkan dengan sepakan padu sedikit terbias kena bek Milan dan menerobos gawang Milan untuk 2-0.
Watak penting dalam perlawanan ini separuh pertama ialah Ibe, Suso dan Henderson . Manakala separuh kedua Emre, Suso dan Coutinho menjadi kunci utama penguasan tengah yang mantab. Ketiadaan Sturridge akibat kecederaan bagi Brendan kena buat sesuatu. Sebab buat masa ini tinggal Lambert dan Peterson penyerang sejati. Semasa laporan ini ditulis, ada berita yang Super Mario Balotelli mungkin dibawa masuk. Betul atau tidak masih belum pasti, namun jika ianya betul maka Liverpool akan meriah sekali lagi dengan seorang lagi penyerang kontroversi.
No comments:
Post a Comment