Man City menguasai permainan dengan Silva mencari Jovetic yang tak dikawal sesiapa. Gerrad cuba mennyerbu Silva. Henderson sedang memerhatikan Silva. Lovren mara kearah Jovetic tanpa sedari Zabaleta tidak dikawal sesiapa. Skrtel dan Johnson duduk sebaris dengan Dzeko.
Hantaran Silva tepat kearah Jovetic. Tapi Jovetic melakukan tidakan bijak menguis bola kearah Zabaleta yang tak Curi Ayam (Offside). Ketika itu Lovren berpatah balik kerana sedari Zabaleta berada dalam kedudukan yang membahayakan. Disamping beliau Nasri juga berapa sedikit dikanan dan juga tidak dikawal. Skrtel dan Johnson masih menjaga Dzeko.
Bola macam nak diambil Zabaleta tepai dia membiarkan sahaja kepada Nasri. Lovren cuba mengejar tapi terlalu jauh bagi beliau. Skrtel dan Johnson masih mengawasi Dzeko. Henderson baru nak perasan yang Jovetic sedang melintasi beliau namun tak mampu berbuat apa-apa.
Nasri melepaskan hantaran leret kepada Zabaleta. Skrtel yang sampai lewat cuba menerjah tapi pergerakan lincah Nasri tak dapat diagak Skrtel. Zabaleta menjulur kaki tapi tak sampai kerana diasak Lovren. Situasi 3 lawan 4, bila Jovetic masuk ketengah tanpa dikejar pemain tengah Liverpool.
Bola leret Nasri sampai cun-cun kepada Jovetic yang menyusup masuk tanpa dikawal. Pintu gol ternganga disebelah kanan penalti Liverpool. Johnson sempat membrek dan berpatah balik untuk mengahalang sepakan Jovetic. Mignolet memerhatikan Jovetic tanpa cuba berlari menutup ruang.
Jovetic sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan beliau. Dia tidak merembat leret kerana tahu pasti Johson boleh meluncur dan menghadang sepakan beliau. Sepakan padu Jovetic meruncing ketengah gol. johnson cuba melakukan hadangan ala pemain sepak takraw, namun masuk celah ketiak beliau. Mignolet hanya mampu memadang sayu gol mencecah jaring buat kali kedua.
Baru nak kembali bernafas, kena lagi sebiji gol. Setelah Gerrard keluar dari posisi menyerbu Silva, Henderson tak ambil kisah nak masuk ganti tempat Gerrard. Itu sebabnya Jovetic tiada siapa nak kawal. Bukan Jovetic yang berada dalam kedudukan bahaya, Zabaleta dan Nasri juga tak dikawal oleh Moreno dan Allen. Bila dalam keadaan 3 lawan 4, pasukan kita sedang menunggu bala. Kedudukan Mignolet tak cun dan nampak sangat dia lembab buat keputusan. Johnson patut ambil risiko kad merah selamatkan bola sebab dia ada macam tak ada.
No comments:
Post a Comment