Sekalian peminat Liverpool mesti merungut dengan Brendan Rodgers. Tak letak itulah, main camni lah, dan macam-macam pertanyaan dan persoalan. Saya nampak sepanjang perlawanan memang taktik boring yang Brendan mahukan kerna asbab yang kukuh. Jawabannya ialah badi 6-1 hujung musim lepas membuatkan Brendan fikir beratus kali sebelum nak bertiki-taka. Malah penasihat kiri dan kanan otai macam Mccalister dan O'Driscoll, saya rasa main peranan untuk kasi nasihat suruh main boring.
Memang senang cakap nak main cantik. Stoke memang nak Liverpool main angkuh, sebab bila angkuh jadi lupa diri yang Skrtel dan Lovren akan jadi badut bila kena serang balas. Sebab itulah Brendan rela dicemuh dengan taktik bosan, dari biar nasib malang berulang. Saya mulanya agak cuak bila Lovren main dan Sakho tiada dalam senarai. Tapi sebab itulah jadi belen dia bagi Gomez bukan Moreno di sisi Lovren. Taktik bertahan dulu, menyerang lain kali diterapkan.
Milner dan Henderson digandingkan ditengah memang nampak tak berapa sesuai. Keberkesanan mereka yang suka berlegar-legar keatas dibatasi dengan hanya Coutinho sahaja dapat lesen. Itupun Coutinho macam baru dapat lesen L, terkial-kial nak lepas diri depan pintu gerbang hentian bas Stoke. Lallana dan Ibe memang nampak buang karen cam tak berapa nak berfungsi. Namun kena faham Stoke punya bek memang jenis cepat tutup ruang dan berlapis-lapis dibantu pemain sayap yang banyak habiskan masa bertahan dari menyerang.
Bila dah keadaan yang terlalu pasif dan Liverpool sendiri tak mahu nak main cam biasa, Benteke dah jadi macam keadaan Balotelli. Nasib baiklah Benteke lebih perkasa skit dan bek Stoke nak bantai susah, jadi Benteke nampak pandai bawa diri dari Balotelli. Cuma itulah, Benteke dah jadi kurang efektif tanpa bantuan yang sewajarnya. Disini ujian sebenar yang Brendan uji anak buahnya ialah dia hanya mahukan "tunjukkan karektor".
Sepanjang separuh pertama, pertunjukan karektor banyak menguji kesefahaman pertahanan dari serangan. Kesilapan Skrtel dan Gomez membuatkan Lovren nampak begitu suci dari cercaan peminat. Nasib baiklah Mignolet tak gabra sampai ketahap kena basuh tahi yang Skrtel ciritkan kalau tak berterabur dah diambil kesempatan. Stoke punya serangan lebih bahaya dan Glenjo dipihak musuh hampir meledakkan gol tanda kemarahan dibuang dari Anfield. Begitulah al-kisah betapa boringnya separuh pertama.
Separuh kedua bermula macam itu juga, Peminat mahukan perubahan drastik tapi Brendan masih belom buat keputusan dengan sekadar tunggu dan lihat apa dan bagaimana nak tebuk kubu Stoke yang kental. Kita tahu permainan takkan berubah jika sekadar nak tunggu peluang Stoke buat silap. Kirim salamlah jika Hendo dan Milner main diluar kebiasaan, patutnya mereka diberi kebebasan untuk berlegar-legar dikawasan lawan. Tapi jika nak aplikasikan taktik itu samada pertukaran pemain atau taktikal perlu.
Sebab itulah sehingga minit ke 60 barulah Brendan membuatkan sejarah terlakar yang beliau merupakan taktikal genius dalam kelas tersendiri. Kemasukan Emre Can adalah takdir yang membawa implikasi terbaik disamping pengeluaran Lallana yang merupakan pertukaran taktikal dari 4-2-3-1 kepada 4-1-4-1. Diulang Emre masuk, barulah Milner dan Henderson lebih nampak berkesan dan Countinho ditolak kekiri, walaupun masih tak buatkan Benteke efektif sangat pun. Nampak tak beginilah gaya Gerrard Houllier, dan pastinya legasinya di bawa Gary Mac pembantu Brendan.
Ibe mungkin gah beliau dah dicop pengganti Sterling, namun realtinya nak sampai ketahap Sterling bukan mudah sekadar dapat pujian dan Ibe masih perlu buktikan bila diberi peluang. Peluang 77 minit bagi saya Ibe masih perlu belajar dari Firmino yang masuk kemudian gantikan beliau. Cuba buka sikit permainan dengan bawa bola ketengah sebab bila main rapat sangat Stoke mahu sangatlah tak banyak kerja nak main kejar-kejar. Firmino taklah beri impak sangat dengan waktu terhad sekurang-kurangnya taklah orang mengata beli mahal-mahal simpan buat jeruk.
Ramai menunggu-nunggu dalam 10 minit siapa yang nak bubuh gol kemenangan samada Stoke atau Liverpool. Sebab dalam situasi macamni, satu gol dah cukup untuk meredakan keboringan dan kebuntuan. Bukan masing-masing tak mencuba namun keadaan main takut-takut nak serang, tambahan Stoke macam redho satu mata, dan Liverpool tak cuba nak masukkan penyerang tambahan. Bagi Liverpool ramai yang harap Ings boleh pecah kebuntuan gol dan meringankan bebanan Benteke yang dah hilang punca terasing nun jauh di sempadan lawan.
Gol yang ditunggu telah tiba. Rezeki dikaki Coutinho. Beliau mendapat lorongan Gomez dan melarikan bola, mengelecek dan berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain tengah Stoke dan melepaskan rembatan padu melencong masuk melewati jangkauan Butland, untuk Liverpool mendahului 1-0. Satu gol nampak sudah cukup, sebab Ings yang bersiap-siap panaskan badan disuruh pakai balik seluar trek dan jaket dam kembali duduk dibangku sebab Liverpool akan main susun bas depan pintu gol. Drama bosan berakhir dengan kemenangan dan dendam terbalas jua akhirnya.
Selepas berebut remote astro dengan anak, saya terpaksa akur, terpaksa juga mengalah dengan anak sebab dengan channel 613 kegemaran dia....so terpaksa la drive pergi kedai mamak dengan jersey kuning Liverpool last season...x rugi & x sia-sia dengan bersusah payah pergi kedai mamak hampir tengah2 malam, Liverpool dapat juga 3 mata... :) YNWA
ReplyDeletegame yang acah2 takut.. first half memang boring yakmat.. terasa berejam nak tunggu habis masa.. sebbaik la ada taktical change.. papepun tahniah liverpool.. kipiddapp!!
ReplyDeleteStoke dah masuk perangkap kah kah, baru dorang rasa apa yang liverpool rasa sebelum ni, konon konon nak main cantik nak belasah liverpool sungguh sungguh main mati matian, dan akhirnya kalah jua.. aku nak tunggu next game biasanya mana mana pasukan yang main macam ni dan menang lawan liverpool next game biasanya kalah, pasal dah mati mati main lawan liverpool, apa yang penting sangat liverpool pada dorang pon aku tak faham.. tapi untunglah kita menang walaupon aku pon naik kompius mana satu liverpool mana satu stoke hermmm..
ReplyDelete