Liverpool musim ini bakal berubah wajah. Lebih bermuka-muka dan akan sukar dijangka. Itulah saranan Brendan Rodgers setelah menunjukkan prestasi hambar dan main buruk dengan hanya memastikan 3 mata, tanpa permainan seksi. Ada yang suka dan ada yang rimas, lantaklah bagi saya 3 mata adalah penentu keputusan bukan pujian dari Opta dan statistik hebat bagai. Mungkin ada nampak Liverpool nak menjurus kepada Chelsea, tapi harap bukan sebab Geng Bas Sekolah hanya milik mereka. Liverpool takkan susun bas bertingkat-tingkat tapi mungkin lebih kepada tidak terlalu kamikaze sampai semua nak menyerang.
Sejak kemenangan dengan Stoke, pemain paling menonjolkan ialah bukan Gomez atau Coutinho, tetapi Lovren. Brendan memang cari jalan nak bagi Lovren berjaya dan seakan mahu sisihkan Sakho. Dengan itu juga dia terpaksa gandingkan Lovren-Gomez untuk stabilkan bawah sebab kalau digandingkan dengan Moreno, Lovren mungkin bakal bermasalah ditinggalkan ruang terbuka oleh Moreno yang kerap membantu serangan. Lagi satu kita nampak jika Liverpool bertahan rapat, Lovren selamat dan tak terdedah untuk ruang dimanipulasi dan dek kerana kekurangan mobiliti.
Selain itu rasanya kesebelasan takkan dibubar drastik kecuali Emre masuk ganti Lallana dan Firminino ganti Ibe. Disini pertukaran formasi ke 4-3-3 lebih efisyen namun terpaksa mengorbankan Coutinho disebelah sayap kiri. Semua anggap Coutinho dibazirkan disayap, namun kok jangan lupa yang gol dihasilkan Coutinho setelah beliau diserap diposisi kiri mengambil tenpat Lallana. Sebenarnya posisi terbaik Coutinho boleh diketahui berkesan samada tengah atau sisi bergantung kepada lawan. Mungkin dengan Stoke disayap tetapi dengan Arsenal pula ditengah.
Setakat sekarang Benteke mungkin bakal main solo diatas, sebab lewat lagi Sturridge nak cergas. Jika Liverpool memulaukan dia diatas tanpa pemain yang boleh main rapat dengan beliau atau menarik lawan dari mengepung Benteke, sampai bila pun mampus keras nak harap Benteke boleh tibai 20 gol keatas. Silap-silap 10 gol pun sakit. Sebabnya kita dah tak main hantaran lintang tinggi dan kalau main pun tak berapa nak menjadi. Cuma itulah saya harap Benteke tak macam lawan Stoke nampak kaku, kalau boleh gerak sikit main kot tepi cam Lukaku.
Nak tulis pasal taktikal Bournemouth tak pernah tengok mereka main secara penuh. Kalau ada pun setakat rangkuman gol lawan Aston Villa. Mereka masih main cara Liga Kejuaraan, dapat bola pegang sekali dua ushar pemain sayap yang buat larian dan sembur hantaran jauh. Ulangi langkah itu berkali kali. Pemain tengah mereka memang agresif dan suka hambat lawan. Nak bagi contoh Wigan zaman Roberto Martinez gitu kot. Dan pemain mereka tak berapa glemer sebab mereka tak beli pemain bagus kecuali berpengalaman macam Sylvian Distin dan Artur Boruc. Jimat betul mungkin takut belanja besar takut bila turun balik Liga jadi bangkrap macam Portsmouth.
Mungkin ramai bakal meneka gol lebih dari 3 akan dibantai. Saya suka keoptimisan peminat. Namun jangan lupa pasukan kerdil selalunya akan main selamat dengan kita, apatah lagi mereka sebagai pelawat. Mereka akan hormat tuan rumah dengan menyusun pemain cam susun bas diterminal Puduraya. Jadi jangan gumbira sangat nak teka hebat-hebat dan bagi saya mungkin 2-0 dah memadai itupun dah tahap memandang rendah juga, kerna Bournemouth barangkali main gila-gila nanti sebab semangat baru naik liga membuak-buak. Tekaan anda bagaimana.
Liverpool 3-0 Bournemouth
ReplyDeleteliverpool 1-0 bournemouth
ReplyDelete-cucu mak leha
Liverpool 2 - 0 bournemouth
ReplyDeleteLiv 1-0 afc bour
ReplyDeleteLucas412
liv 2-0 bournomeuth ...ikut admin
ReplyDeleteLiverpool 3 - 0 Bournemouth
ReplyDeleteLiverpool 4-0 Bournemouth
ReplyDeleteLiv 5-0 bournemouth..
ReplyDeleteAyen
The 3-1 Bournemouth
ReplyDeleteTahniah kepada 2 peneka tepat
ReplyDelete-cucu mak leha-
Lucas412
yang lain dongibab & kipidap meneka.
tips kalau nak teka amik 1-0 saja. :)
hehe..mekaceh abg admin. next game saya teka lg..
ReplyDelete-cucu mak leha