Liverpool layak ke peringkat kumpulan Liga Europa kerna berakhir diposisi ke-6 Liga Perdana musim lepas bersama Spurs. Southampton dan West Ham kantoi dalam ujian kelayakan dan gagal untuk memeriahkan Liga Eropah kasta kedua. Namun begitu Liverpool antara kelab yang banyak gondol Piala ini sebanyak 3 kali, pada tahun 1973, 1976, 2001. Untuk rekod, tahun 2001 adalah tahun cemerlang kita sebagai peminat Liverpool kerana bukan sahaja Piala UEFA dapat trebel lagi kot atas dan Michael Owen jadi pemain terbaik Eropah.
Setelah cabutan undi dibuat Liverpool telah masukkan dalam kumpulan B bersama
Rubin Kazan (Russia) , Bordeaux (Perancis) dan Sion (Swiss). Abam tak berapa nak gemar Rubin Kazan sebab bila lawan kat tempat mereka jauh ya amat. Hampir 2500 batu jauhnya. Malah rekod dengan kelab Russia memang tak berapa cun. Bordeaux hanya seimbang nak kata bagus atau tidak mereka bukan lagi pencabar Liga Perancis. Yang paling lemah mungkin Sion kelab dari Liga Swiss, namun bila main di Eropah mungkin prestasi tak sama macam di Liga.
Lecehnya perlawanan hari khamis, sahihnya pukul 3 pagi waktu kita. 2 kali rabak mata, pertamanya nak tunggu perlawanan Europa dan kesannya perlawanan Liga ditunda pagi Isnin dan Selasa, waktu tempatan. Nasib baiklah hanya satu pasukan dari negara Baltik itu, kalau tak meletihkan dengan perjalanan yang panjang. Kalau boleh pasukan yang turun tak payah guna ramai pemain utama. Boleh bagi can pemain simpanan dan muda untuk bagi pendedahan. Saya nak tengok pemain macam Taxeira, Llori, Origi dan Ings serta Rossiter dapat peluang,
No comments:
Post a Comment