Kita masih hairan. Brendan masih kekalkan kesebelasan masa lawan Stoke. Mati-mati kita ingat Emre dan Firmino bakal dapat kesebelasan utama. Brendan ambil jalan terlalu selamat, itu bagus namun ada beberapa perkara yang merunsingkan saya tentang betapa berubahnya Liverpool. Permainan Liverpool nampak tak berapa lancar dengan kesebelasan yang diturunkan. Tentang formasi ianya bukan 4-2-3-1, tapi mirip 3-4-2-1. Dalam permainan pola kedudukan pemain menjadikan Liverpool macam main guna sayap belakang, dimana Clyne dan Ibe menyerang melalui sayap.
Lovren sebagai tunjang pertahanan tengah. Skrtel dan Gomez naik tutup ruang jika Clyne dan Ibe menyerang. Bila bertahan barulah Milner bergerak dari tengah kekanan membantu Clyne dan Hendo kekiri disebelah Ibe. Coutinho dan Lallana cuma aktif ditengah dan kadang-kadang bertukar-tukar posisi sesama sendiri.Benteke main ditengah keseorangan. Memang patutnya kena ada bantuan dari Coutinho dan Lallana tapi dia tak dapat bantuan penuh dan kadangkala dia nak bantu dengan melakukan tandukan kusyen, tak ada pemain yang nak sambut atau berada dekat dengan kedudukan beliau.
Permainan kalau mulanya nampak Bournemouth garang semacam. Menguasai permainan dengan larian, hambat-menghambat pemain Liverpool kesana-kemari. Walaupun taklah banyak percubaan bahaya, mereka dapat banyak sepakan penjuru, itu pun bahaya juga. Risiko kerna sedia maklum gol cenggitu adalah feberet pasukan kerdil. Mereka kecewa kerana gol tandukan Kapten Elphick tak dikira. Pengadil nampak Elphy memanjat badan Lovren. Padahal kalau tangan Elphy tak kena Lovren yang malas nak loncat, terang-terang gol.
Udahlah gol tak dikira, Bournemouth dilayan macam hanjing oleh pengadil terutamanya penjaga garisan. Memang betul kedudukan Benteke tak curi ayam (offside), tetapi Coutinho dalam keadaan curi ayam dan pulak tu cuba mengambil bola namun tak dapat. Nasib baiklah undang-undang baru mengesahkan gol itu, tapi macam biasalah modal dan jadi bahan pasukan lawan yang tak ada kena mengena pon turut sama komen. Katanya simpati dengan Bournemouth, tapi kalau kena kat depa sengap sunyi cam tu juga.

Ketika sepakan percuma diambil. Garisan curi ayam dibuat. Coutinho lambat naik. Benteke dalam kawasan selamat. |
Bola sampai melangkaui bek Bournemouth. Coutinho mengacah tapi bola kena angin. Benteke yang diluar kawasan masuk dan menjaringkan gol. |
Kemasukan Firmino ganti Ibe tak nampak banyak perubahan, kecuali Firmino nampak masih belum biasalagi . Tapi kes Moreno ganti Countinho mulanya saya agak risau. Tak risau apa, perancang utama ganti bek kiri yang tak kemas bertahan, cuma menyerlah juga dalam serangan. Moreno main baik dan rasanya dia lebih sesuai main sayap dari bek. Dalam satu ketika, Moreno nampak macam Gareth Bale, menyelinap potong 2-3 bek Bournemouth dan cuba masuk dalam kotak penalti. Saya ingat kalau dua orang bek lawan tak pancung kaki Moreno, ada potensi peluang untuk gol sebab Moreno pernah juga jaringkan gol.
Kesudahan 1-0 masih belum beri kepuasan. Sebab lawan kita Bournemouth memang ikutnya kurang bahaya dari Stoke, malah tak ada pengalaman nak tewaskan kita sebelum ini. Bukan nak suruh main terlampau tiki-taka sampai semua naik atas. Cuma gunakan pemain yang lebih mampu berikan impak macam Emre dan Firmino. Apapun kita dah nampak bagaimana Benteke makin menyerlah bukan sekadar gol sulung tetapi komitmen dan corak permainan yang lebih membantu pasukan. Lawan Arsenal nanti harap jangan nak main terlalu kebawah, sebab cara begitu macam saja nak cari nahas.
No comments:
Post a Comment