Sejak 2 perlawanan lalu, persembahan Liverpool terlalu statik. Cuma nasib baik keputusan diwisel penamat memihak kita. Perlawanan terdahulu memnentang Bournemouth berkesudahan dengan gol curi ayam. Pihak Persatuan Bolasepak Inggeris terpaksa buat kenyataan rasmi untuk menutup aib pengadilan yang gol Benteke memang batal. Tapi nasik sudah jadi bubur air. Tiga mata yang diraih tak boleh nak pulang balik atau nak kongsi semata dengan Bournemouth. Itulah yang dikatakan rezeki terpijak. Jangan cakap Liverpool mungkin seri jika pengadil batalkan gol, kalau dah nak memang mungkin celah lain gol akan masuk, cuma asbabnya yang berbeza.
Brendan cakapnya bakal memberikan pendekatan berbeza masa lawan Arsenal nanti. Itulah yang kita nak dengar, walaupun cakap macam ahli politik juga Brendan ni. Tapi dengan timbalan yang lebih berusia dan tegas macam O'Driscoll dan Gary Mac mungkin Brendan tak hanyut dalam falsafah sahaja. Apa yang dia labunkan ialah taktikal dalam penggunaan ruang. Dia cakap taknak lagi mendominasi penguasaan bola, sekadar main hantaran sana-sini. Tetapi lebih kepada menggunakan peluang dalam keadaan dan masa yang tepat. Mungkin tak kira bagaimana corak dan pola serangan jika ada ruang yang boleh diambil kesempatan, bola tinggi, rendah jauh mahupun dekat.
Dari segi kesebelasan yang bakal diturunkan perubahan drastik mungkin tak berlaku. Cuma kecergasan Kapten Hendo memungkinkan Emre dapat tempat utama. Yang lain mungkin tak berlaku walaupun berjela-jela kita komen dan bincang dalam media sosial yang Lallana tak berapa layak nak jadi kesebelasan utama setelah 2 perlawanan dia tak nampak berkesan. Kalau Brendan anggap Firmino masih belum bersedia, lebih baik letak Ings bergandingan dengan Benteke. Ings saya nampak cara dia main mudah, dapat bola dia cari rakan buat hantaran. Berbanding Lallana dia akan buat 2-3 kali pusingan badan, padahal masa itu kawan diposisi terbaik.
Tuan rumah Arsenal memang terlalu yakin untuk membaham pasukan kita. Mereka mungkin akan sasarkan sebelah Lovren-Gomez berbanding Skrtel-Clyne. Itu apa yang saya jangka bakal berlaku. Mereka bakal letakkan Sanchez untuk menghuru-harakan Gomez dan seterusnya menjadikan Lovren mangsa. Mungkin perkiraan mereka betul jika Moreno yang main, dengan budak Gomez saya nampak dia lebih disiplin menjaga kawasan dan abam Lovren dari kena sasaran. Cuma yang saya takut ialah bukan disebelah tepi namun bahaya didepan bek tengah. Harap pemain tengah kita menghalang percubaan Arsenal sebab ramai kaki rembat dari luar.
Keputusan di Emirates mungkin tak ramai yang mensasarkan kemenangan. Zaman Suarez-Sturridge bolehlah kita banggakan sebab permainan masa itu memang menakjubkan. Sekarang dengan Benteke sebagai penyerang utama, pasukan kita akan cuba main selamat dan dapatkan peluang sebaik mungkin dengan konsep baru menggantikan "Tiki-Taka" yakni "Penggunaan Ruang". Bagi yang mahu saksikan samada konsep baru itu benar-benar menjadi atau tidak pastikan kena tidur awal dan kunci jam untuk bangun pagi selasa nanti. Dan jangan lupa nak main teka-teka, jangan letak tinggi snagat. Abam admin pun tak berani nak bagi tinggi setakat 1-1. Korang camna.
0-0 seri
ReplyDeleteLiv 3-0 arsenal..
ReplyDeleteAyen
seri pun okay. Cuma jangan tewas. Seri 1-1.
ReplyDeleteLiverpool 1-0 Ahsengal
ReplyDeleteThe Gunners 0-2 The Reds
ReplyDeleteArsenal 0-1 LiverpoolFC..
ReplyDeleteMr.Reds Anfield..
Ars 0 - 2 Liv
ReplyDelete-stan-
Ars 1 - 2 Liv
ReplyDelete-qe7-
Ars 2 - 1 liv
ReplyDeleteLiverpool 3 - Arsenal 1 (kalau player arsenal kena Red kad),
ReplyDeleteLiverpool 1 - Arsenal 3 (kalau player Liverpool kena Red kad)
ars 1- 2 liv...
ReplyDeletears 1- 2 liv...
ReplyDeleteArsenal 1-0 Liverpool
ReplyDelete-cucu mak leha
Asyraf Ismail
ReplyDelete0-0 seri
Peneka tepat minggu ni tahniah.