Rasanya ini kali kedua kecelakaan berlaku bila di depan 2 gol tapi kena balik dengan lawan. Kali pertama dengan Sunderland, tapi nasib baik sekadar seri. Namun dengan Soton yang patutnya kita boleh bunuh permainan awal-awal, peluang belambak sampaikan kalau pemain tak gelojoh, tamak dan tenang mungkin separuh pertama 5-0 boleh bantai si .Memang rasa sedih sangat -sangat ditewaskan separuh masa kedua. Kiranya pasukan kita jadi macam AC Milan di Istanbul 2005, bukan kemain seronok separuh masa pertama dan separuh kedua Koeman membuat percaturan bijak, lumpuh terus pasukan kena main balik.
Liverpool bermain cukup baik dan teratur sejak wisel permulaan ditiup. Hantaran pendek kemas, pegang bola dengan cermat dan menyerang agak bijak mencari ruang walaupun Soton main terlalu dalam bertahan. Gol dari Coutinho amat cantik, melakukan rembatan lencong dan melantun kelantai dulu dan melantun masuk kedalam gol diluar jangkaan Foster. Gol Sturridge pula hasil gerakan serang-balas yang dimulai Coutinho melorongkan bola kepada Origi dan Origi melarikan bola, melepaskan kepada Sturrige yang acah-acah dulu dan merembat kedalam gol untuk gol kedua Liverpool.
Sukar nak cakap yang percaturan Koeman atau kesilapan Klopp adalah faktor penentu dalam perlawanan. Namun seawal tengok formasi dan barisan yang diturunkan, dah tahu pemain kita nak cari gol banyak dengan menggunakan 4 pemain serangan dan hanya dua pemain tengah. Taktikal ni memang ampuh, berkesan sepanjang 45 minit, sebelum Koeman melakukan pertukaran drastik memasukkan Wanyama dan Mane. Jika Mane dan Wnayama tak masuk pemain kita masih boleh joli katak dengan bekal 2 gol, tetapi heran camna Klopp tak baca bahaya dan bencana yang bakal meninpa bila pemain bahagian tengah Soton dikuatkan dan menambah kreativiti didepan. Detik itulah buku bertemu ruas, Emre dan Allen yang sebelum ini jadi boss sekarang dah jadi pencacai kena main dan tak mampu nak hadapi Tsunami Soton.
Ramai yang berkobar-kobar marahkan Skrtel. Tapi harus ingat Klopp juga yang patut kena jawab sebab masukkan 2 pemain yang sudah tahu memang tak boleh belah, Skrtel dan Benteke. Padahal beliau ada peluang buat taktikal lain yang beliau sendiri mahukan iaitu pemain kena padatkan ruang tengah. Skrtel memang petualang utama, hampri kesemua kesilapan bermula dari beliau. Sebagai pemain pertahanan paling Otai dalam pasukan, patutnya dia kena buktikan kepercayaan Klopp berikan dan main dengan lebih bersungguh. Tapi ternyata Skrtel bermain sekadar tunjukkan isyarat macam dia bakal kena pancung musim depan.
Skrtel memang suka main tarik-tarik baju pemain lawan sejak dulu, kini dan selamamnya. Penalti dihadiahkan setelah Skrtel tarik baju Pele. Namun nasib baik Mignolet jadi hero tepis sepakan Mane. Petanda nak jadi malapetaka tu dah kian nampak. Gol pertama Soton kita akui hasil kesilapan Flanagan. Tapi Skrtel dah lah lambat naik buat perangkat Offside dan berada dibelakang Pele camna Flano nak buat hantaran selamat ke belakang. Dan boleh tengok saja hantaran Pele kepada Mane , dah Sakho turun secepat mungkin tapi tak berjaya blok sepakan Mane untuk gol kebangkitan Soton.
Gol kedua Soton nampak bermula dari Skrtel. Dia dah la tak mampu nak celen Pele kat udara, bila Pele bawa bola depan tengok sahaja tanpa cuba nak terjun untuk blok dan gol penyamaan Pele membuatkan Soton lagi nampak ghairah nak cari gol kemenangan. Gol kemengan Soton 100 persen memang Skrtel punya angkara. Tanduk tak kena, bentes lawan pun tak kena dan boleh pula kacau Allen yang boleh keluarkan bola jika tak diganggu Skrtel. Akibatnya bola dapat kepada Pele dan sekali lagi menhulurkan hantaran kepada Mane yang melakukan larian dan tidak dapat dikejar Sakho, lalu merembat melepasi Mignolet .
Dah nampak pasangan Lovren dan Sakho dah jadi pasangan ideal, untuk pertahanan tengah musim ini. Kalau ada kecemasan lagi percayakan Toure, walaupun lagi otai dari Skrtel. Namun apa yang penting Klopp bakal ambil pengajaran penting kali ini, sebab takkan nak terjun luang biawak dua kali. Pertama kalau dah kedepan setakat dua biji, itu bukat tiket untuk main rileks dan puashati setakat itu sahaja. Mungkin faktor keletihan jadi faktor, namun pemain tengah sendiri kena bijak sikit main dengan kompak dan lindungi bek tengah yang memang tak boleh blah sejak Skrtel masuk.
Dan yang penting, jika tak percayakan Benteke jangan masukkan langsung. Sebab marah-marah depan kamera pun tak guna, kerna ada pengulas bangang yang sembang tak jatuh, bukan faham apa-apa, cakap Klopp tak hormat pemain. Padahal kalau main haprak, beli dah mahal gaji dekat 120k seminggu, siapa boleh sabar. Baik beri pemain muda macam Ojo peluang main lebih kerap pun takpa.
Pd pandangan sy yg x seberapa ni,since Feb,liverpool dh melalui byk game jika dibandingkan dgn soton..after tsingkir dlm saingan FA cup,kita tlh mrekodkan 6 mnang dan 3 seri..rekod yg leh dikatakan agak baik la..kalo nk diikutkn kecewa n mrh,majoriti yg brasa mcm tu..tp kita pndg dr sudut positif..sapa yg snggup nk klh kn..kita mybe leh lihat apa yg teruk dlm pdg,tp hakikat yg player lalui kita x tau..faktor penat,faktor tekanan..dorg pon mnusia biasa,x lps dr wat mistake..mybe dr game yg dh dilalui,klopp dh pon nmpk bygn sapa yg akan dtunjuk jln kluar sbb pluang dh dberi,tpulang pd msing2 utk hrgai nya..apa pon,kita tggu dan lihat apa yg akan blaku psni..kalo selama ni jtuh tjunam pon kita mmpu bsabar,knp pd wktu skng kita x leh mnerima hakikat apa yg blaku..tu la hakikat yg sbnr kalo nk mjadi sorg pnyokong liverpool..tabah waima dh bpuluh thn kna bahan,tp hadam je la..kalo nk mnang je,baik layan la liga,sokong barcelona..btul x?heheheh..stidak2nya,we still fight in europa league..peluang msih ada,kna lbih agresif..jika dilihat sblm ni,mna2 team yg mnentang liverpool,psti akan all out..dr situ kita leh tau,sbnrnya liverpool msih dianggap hebat dan mmpu mgugat..cuma masa yg ssuai lom tiba..cheers..YNWA
ReplyDeleteKomen terbaik. Walaupun ramai berbeza pendapat nak marah, nak amik positif dan ada tak mahu ambil tahu, kita tatap peminat yang setia dengan The Kops.
ReplyDeleteRegards
Still in cave