Tengok cara main dari sejurus wisel dibunyikan memang cara orang berdendam. Main dengan tenaga luar biasa, bila serang laju kemain, tak ada masa nak simpan bola lama. Bila telepas bola, menghambat dan menyerbu dengan agresif. Yang inilah baru betul-betul "Gegenpressing". Lagi satu yang kita nampak ialah pertahanan nampak begitu mantap. Bukan kata Flanagan atau Clyne tak kantoi. Tapi yang penting bila kantoi, mereka dapat kaver balik dengan turun secepat mungkin tutup ruang.
Apa yang mungkin ramai yang tak perasan ialah kemasukan Flanagan macam menyuntik semangat pemain lain atas padang. Bukan kebetulan, tetapi cara brutal Flano membuli Sterling memang paling epik dalam sepanjang perlawanan. Dalam satu insiden, Flano menekel Sterling dengan bersih, cekap dan amanah, namun paling tak tahan Kapten Hendo siap bagi tepukan gemuruh. Sampaikan terpaksa kena keluar sebab dah mati kutu tak ada cara nak makan Flano.
Bukan sahaja aspek pertahanan yang kita nampak, namun kebanyakan serangan bertali arus datang dari sebelah kanan. Gol Lallana memang cun sekali, merembat leret jauh dari jangkauan Hart. Tetapi gerakan dari gol itu saya rasa sekitar 4 hantaran. Toure kepada Flano kepada Hendo kepada Milner dan terus kepada Lallana yang sempat melakukan larian solo dan merembat gol pembukaan. Apa yang nampak impak Lallana sebagai pengganti Coutinho dibelakang Origi cukup menjadi.
Gol susulan juga dari gerakan sebelah kanan. Gerakan juga dari Toure kepada Flano kepada Lallana. Nampak macam Lallana nak kantoi dikepung tetapi sempai cangkul kebelakang untuk Firmino yang melepaskan hantaran tepat jauh, rasanya nak mencari Origi yang bersedia, namun tiba-tiba Milner melakukan larian dari tengah menyambar bola melepasi Otamend dan Kompany yang nampak macam orang bodoh kena main dengan bekas rakan sepermainan mereka itu.
Firmino kadang-kala dalam bayangan Kuyt, pemain yang mampu buat gol tetapi dalam aspek kerja berpasukan dia tak curi tulang. Gol ke-3 Liverpool yang disudahkan Firmino bagi saya menunjukkan sifat murah hati Lallana. Dia kalau tak mungkin dari kes sebelum ni memang nak rembat ambil nama, namun lebih bersedia melorongkan kepada Firmino yang melakukan rembat mudah tanpa dapat pemain City nak halang. Namun Firmino menganjingkan Hart dengan meyorok bola dalam baju, memang lawak gila.
Keseluruhan perlawanan memang dikuasai Liverpool dari setiap segi, samada serangan atau bertahan. Kalau nak bagi markah buat semua pemain boleh dapat 8 keatas. Apa yang penting slogan "Kita menang sama-sama dan kalah sama-sama" memang terbukti dalam pasukan kita musim ini. Ramai pemain yang tidur zaman Brendan dah boleh main dengan berkualiti, namun ada juga pemain yang kita nampak tak boleh belah, tetap tak boleh belah. Apa pun harap pemain sedia ada dapat main dengan konsisten selepas ni, sebab bulan Mac, lawan kita semua buas-buas belaka.

sapa yang tak boleh belah tu bro?? benteke ke mignolet??
ReplyDeletedua ajer... dlm list abam ada 7-8 orang
Deleteplayer ni,kalo on form mmg akan main pd tahap terbaik..apa dorg wat,sumer akan mjadi..cuma pd pndgn sy yg x seberapa ni,mignolet kna lbih take action n alert tuk game akan dtg sbb bbrp game sblm ni byk wat silly mistake..mybe sbb dh lama dok dlm comfort zone n x de yg nk challenge dia..JK kna amik action part mignolet ni..x dnafikan,kalo dia tgh form,senang2 je dpt cleen sheet..n then,kalo game mcm ni dpt dtruskan smp akhir liga,x mustahil leh berada pd position yg baik smbil mharapkan team atas akan drop point sbb kbiasaannya dh ujung2 ni,tekanan akan melanda pd mna2 team..cheers..YNWA..
ReplyDeletedua perkara yang jadi masalah dan kena perbaiki untuk jadi konsisten
Delete1)penyudah lawan pasukan defensive
2)bertahan bila setpiece @ corner.
kalau saya coach..
Delete1) kemaskan cross,.. penyudah kene cepat masuk kotak d
2) 10 pemain kene tajamkan heading, tak kira pemain pendek pun
Saya sokong kedua-duanya sbb gol dr heading tak byk.. atau takda langsung..
ReplyDelete