Crystal Palace sedang dalam prestasi hambar. Awal musim bukan kemain gah, bantai pasukan kita di Anfield 2-1. Kali ni misi lepas geram kena teruskan cam kita buat kat Man City. Cuma satu masalahnya ialah Palace tak main cam City, sebab mereka main bertahan rapat dan main dengan serang balas menggunakan kebolehan pemian individu terutamanya Bolasie, Zaha dan Sako. Apa yang penting pastikan kunci rapat Bolasie, kalau boleh bagi Flanagan rantai solex cam dia buat kat Sterling.
Mungkin Palace punyai pemain tengah yang tak lembik cam City . Mereka agresif dan sado-sado belaka, bila kita bantai dia, dia bantai kita balik. Itu yang kena berhati-hati sebab mereka akan matikan serangan dengan menutup ruang pemain kreatif dari buat gerakan dan hantaran. Susah juga nak main dengan Palace jika main cam kat Anfield, kena tengok rakaman lepas dan perbaiki kat mana silap sebelum ini.
Jika Sturridge boleh turun, turunkan dia sebab Origi lebih sesuai buat masa ni sebagai pemian gantian impak. Kalau Sturridge tak boleh turun, jangan sesekali nak cuba bereksperimen dengan Benteke. Lemas tengok Benteke, sebab dia tak reti nak tarik pemain cam Sturridge atau Origi buat. Yang tahu duduk setempat dan jarang nak berada dalam kotak penalti. Senang betul pertahanan lawan sebab mereka tahu jika jaga rapat Benteke, alamat mati kutu lah Si Benteke.
Mignolet
Flanagan Toure Lovren Clyne
Emre Henderson Milner
Firmino Lallana
Sturridge
Mungkin kembalinya Flanagan bakal merehatkan Moreno dari kesebelasan utama. Peyakit ralit dan selalu buat silap ketika bertahan acap kali menjahanamkan rakan lain. Bukan nak puji Flano, tapi cara Moreno yang terlalu naik keatas kadangkala buatkan beliau jadi sasaran pemain lawan yang pandai ambil peluang. Bila dah kantoi, Moreno jarang boleh kaver balik dengan segera, kalau tak dapat kad mungkin bagi sepakan percuma dari kawasan bahaya.
Kitia sedia maklum, buruk mana pun persembahan Palace sebelum ni, rekod 2-3 musim lepas memihak kepada mereka. Itu satu amaran yang Palace boleh main tahi dengan orang lain tapi akan eksyen gila bila tunggu Liverpool di Selhurt Park nanti. Ini bukan kebetulan tetapi nampak macam pasukan mereka memang cukup suka corak ranggi Liverpool yang suka menyerang tetapi terbuka kat bawah. Persoalannya mampukah pasukan kita teruskan prestasi terbaik atau masih ding-dong macam sebelum ini.
rasa-rasa seri tapi kalau menang ditempat lawan lagi bagus.
ReplyDeleteliv 2-1 CP
ReplyDeletetiticamara
Liverpool 2 - 0 crystal palace
ReplyDeleteKumai fc....
bang..crystal palace mmg tgh tunggu nak baham liverpool kalu diorg masih mimpi lepas kalahkan city..saya cukup jaki bila mentaliti nak menang tu xde bila lawan team yg fizikal mcm crystal palace ni..apepun kalu dr segi taktikal mmg benteke mmg calon terbaik utk assist gol..
ReplyDeletekemonn liverpool..tak mo dh tercicir mata tuk baki perlawanan yg tggal..atleast, 1 point kte grab..mng lg bgusss..YNWA!!!!!!
ReplyDelete~misskoLamhati~
Liverpool 3-0 palace
ReplyDeleteBenteke lh yg menyelamatkn Liverpool dri kekalahan..kita kena bsbr dngn Benteke,rasany Kloop nk Benteke jdi cam Lewandowski kot..Lewan pun hasil buah kesabrn Kloop..skrg dh jdi striker top kt German
ReplyDeleteBenteke lh yg menyelamatkn Liverpool dri kekalahan..kita kena bsbr dngn Benteke,rasany Kloop nk Benteke jdi cam Lewandowski kot..Lewan pun hasil buah kesabrn Kloop..skrg dh jdi striker top kt German
ReplyDeleteSori lambat reply
ReplyDeleteAda juga pemenang teka minggu lepas
tahniah titicamara.