Ini baru gembar-gembur berita yang masih sekadar bau-bau kentut. Masih belum sahih dan mungkin juga mengarut. Tapi layan lah juga sekadar nak jadikan modal perbincangan sebab bosan takda perlawanan Liga. Ok diberitakan Kelab Pak Syiekh, Paris Saint Germain dengar kata bakal kehilangan 2 penyerang prolifik mereka, Ibrahimovic dan Cavani. Sekor nak ke Menyu dan sekor mungkin ke Chelski.
Jadi antara penyerang yang bakal dibedal salah seorang ialah Sturridge dengan nilai bidaan £45- 50 juta. Di sini kita mahukan pendapat kesemua pembaca blog ini mengenai desas-desus itu. Sebab Klopp pernah cakap yang kesemua pemain boleh dibeli jika ada mereka mahu belah dan paling penting kena dengan harganya. Apakah kerana faktor kecederaan beliau mahu dijual atau jangan sekali-kali jual penyerang terbaik, kalau tak menyesal.
Berikan pendapat anda Kemon.
Jual je la..makan gaji buta je..beli striker lain..ramai lagi yang power..
ReplyDeleteJual je abe adik injured shj rugi team. Jual beli Amri Yahya memang berbaloi.YNWA...
ReplyDeletemasalah Liverpool kalau jual player terbaik kita ialah Liverpool jarang gantikan player-player ni dengan yang lebih baik atau setaraf dengannya. Case Study kita tgk semenjak 2009 lagi
ReplyDeleteAlonso, Mascherano, Carragher, Gerrard & Suarez. Semua player2 ni tak digantikan lagi sampai skrg.
Tapi skrg Klopp jadi manager harapnya kalau dijual akan ada pengganti yg sesuai
cari penyakit jual nak hadapi 60 games season depan dengan striker baru yg belum tentu....i wish gud luck
ReplyDeleteJual je, die nie tau injured je... Tp aku tau JK ada player yg lebh baik untk digantikan, dgr cter JK nk hntr robongan meminang lacazate..
ReplyDeleteKte lht je... I believe JK., YNWA
Better keep sebagai second or third striker. Sebab musim depan kita ada ings, origi pun ada. Bagi saya baik tumpukan pertahanan & keeper dulu. Kita boleh buat goal banyak, tapi kat bawah bolos banyak jugak.. Zaman ada suarez takpela, u score 4 we score 5. Harap ada perubahan dekat line up defender & keeper.
ReplyDelete