Liverpool berjaya singkirkan Menyu dari kejuaraan Eropah. Boleh dikatakan perlawanan pagi tadi sangat menghiburkan. Secara adil saya puji permainan Menyu yang cuba nak cari kemenangan. Mereka main dengan penguasaan bola serta serangan demi serangan. Liverpool pula lebih selesa main bertahan dan tungggu masa sesuai untuk buat serang balas. Cuma boleh dikatakan pertahanan Liverpool paling menonjol dalam perlawanan ini berbanding geng yang menyerang.
Dek kerana Moreno mendapat cedera disaat akhir, dengan tiada pilihan terbaik kecuali Brad Smith yang kurang berpengalaman, Klopp meletakkan Milner diposisi bek kiri. Wah, macam tak percaya mulanya sebab ingatkan Milner main dibek kanan dan Clyne disebelah kiri sebab taktik camtu dah pernah kita lihat sebelum ni. Namun pengalaman luas Otai cam Milner jangan tak tahu, dia memang Encik Serba Boleh, buang kat mana pun, boleh laksanakan tugas dengan baik walaupun tak cemerlang.
Kita tahu Clyne memang konsisten sebelum-sebelum ini. Tapi pagi tadi macam pagi cilaka untuk beliau. Ntah makan ayer ketum ntah apa Martial, sampaikan tak senang duduk Cylne nak jaga Martial dan juga Rojo juga. Lallana turun gak membantu tetapi dia tak berapa reti nak kaver Clyne untuk tutup ruang serangan Menyu. Akibatnya kelicikan Martial menghukum Clyne yang sedikit ralit dan kurang berhati-hati ketika buat bentesan. Wlaupun kita nampak kena sikit aja, tapi terjunan Martial dapat simpati pengadil Serbia untuk hadiahkan penalti yang disudahkan sendiri oleh Martial.
Bila cakap pasal serangan Liverpool, bukan tak rancak , tetapi serangan kita tak menjadi sebab faktor gelojoh, tak bernasib baik dan macam biasa Menyu ada goli yang macam Spiderman. Malah pertahanan Menyu taklah gelabah sangat macam kat Anfield mungkin sebab mereka lebih banyak menyerang dari bertahan. Mujurlah dah hampir nak tamat separuh kedua, saat keajaiban berlaku. Coutinho melakukan larian solo mengatasi bek muda Menyu dan mencungkil bola melepasi De Gea untuk gol penyamaan. Kalau sel-sel otak Coutinho tak berhubung, mungkin De Gea sukar ditewaskan.
Separuh kedua memang Menyu punya permainan. Tapi apakan daya pertahanan Liverpool dah makin naik syeikh dan tak kasi can serangan Menyu yang bertalu-talu. Saya puji bek berempat, terutamaya Sakho yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Tengok serangan Menyu memang bahaya, sebab pemain tengah yang patutnya tutup ruang tengah tak berapa berkesan. Kat sini kita tengok Emre sahaja yang aktif, tetapi Hendo memang kurang menyerlah. Tapi bila bertahan dengan semangat berkumpulan kesilapan individu tak berapa terserlah bila masing-masing saling bantu membantu.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1, tetapi Liverpool layak dengan agregat 3-1. Namun terdapat insiden dalam dan luar padang yang banyak memihak kepada Menyu. Seperti biasa Fellaini terlepas kad merah dari awal permainan, sebab menyiku Firmino. Dan kali kedua dia menyiku Lovren tetapi hanya dapat amaran kuning sahaja. Yang keduanya peminat kedua-dua pasukan bertumbuk dalam stadium. Kerusi tempat duduk hancur kena sepak. Peminat menyanyikan lagu mengejek satu sama lain, cuma yang kena dengan UEFA pihak Liverpool sebab nyanyi lagi "Tragedi Munich" , padal lagu mengejek "Tragedi Hillborough" dan kain banting "Murderer" oleh peminat Menyu haram tak diambil tindakan.
Sebentar tadi undian bagi pusingan Suku Akhir berlangung. Pasukan yang paling kita tak nak jumpa, itulah yang kita dapat yakni, bekas kelab Klopp sendiri, Borussia Dortmund. Ramai yang mahukan kita bertemu di Final, tapi apakan daya dah tertulis nak kena bersusah dahulu dan kalau ada rezeki mungkin bersenang kemudian. Cuma sedikit kelebihan ialah kita main dulu di BVB Iduna Park pada 8 April dan timbal balik di Anfield pada 15 April. Jangan risau, Klopp membesar bersama majoriti pemain BVB dan ditahu bagaimana nak jinakkan pasukan yang kita tahu memang meletop di Eropah buat masa ini.
sapa yg x gembira kn bila dh bjaya mnyelinap msuk ke suku akhir,lbih2 lg dpt singkirkan syaitan yg direjam..mmg x spatutnya la diungkit tentang Munich Tragedy,tapi bila drenung blik dgn sikap syaitan ni,mmg kna la sbb dorg dh start bbunyi tentang Hillsborough Tragedy..pas kjadian Munich tu liverpool smp snggup pinjamkan player sbb x nk team syaitan ni tarik diri,tp tu la hakikatnya,sejarah slalu dilupakan,bahkan ada yg x tau..
ReplyDeleteutk game vs dortmund ni mmg x sabar nk tggu atas faktor fenomena klopp..klopp yg naikkan dortmund,diharap nnt klopp akan jtuhkan lak dortmund..x sabar gak nk tgk 1 stadium bgema gan chanting YNWA dan x sabar nk tggu 2nd leg dimana tarikh tsebut kbtulan beza shari gan Tragedi Hillsborough..cheers..YNWA..#jft96
Dengan Klopp: sesuatu mustahil boleh jadi nyata. Harapnya prestasi kita tak tersekat dengan BVB untuk next round.
Delete