Wales 2-1 Slovakia
Penjaga gol bekap Liverpool Danny Ward menjadi tumpuan diletakkan sebagai goli utama Wales sebab calon utama, Hennesey cedera disaat akhir. Manakala Joe Allen memang wajib diturunkan oleh pengurus Wales sebab dia boleh dikatakan perancang utama Wales. Manakala dipihak Slovakia Skrtel adalah tunjang pertahanan tengah dan wakil Liverpool tunggal.Saya tengok perlawanan ini setakat separuh masa awal sahaja, mengantuk dan juga nak tengok perlawanan, maka sempat tengok sampai keputusan 1-0 Wales didepan melalui sepakan percuma Bale.
Bangun masa perlawanan England ,baru tengok keputusan Wales menang 2-1. Setakat pemerhatian saya pemain Wales berdarah Liverpool , main dengan baik terutamanya Ward. Memandangkan situasi goli dengan turutan Karius-Mignolet dan Ward. Kalau Mignolet kekal, saya rasa Ward patut dipinjam keluar kepada kelab yang boleh berikan beliau masa permainan sebagai pemain utama. Kalau dok kat Liverpool jadi no.3 takkan kemana potensi beliau. Manakala Allen bagi saya memang bermain kemas teratur masa lawan Slovakia dan kalau nak bagi markah di layak dapat pemain terbaik kedua selepas Bale.
Jangan lupa dengan Skrtel. walaupun dia dipihak yang tewas apa yang saya nampak dimain tak merapu macam kat Liverpool kebelakangan ni. Kita harus faham, dengan negara beliau dia main tanpa tekanan dan penuh semangat. Tapi apakan daya pasukan Slovakian memang tak mampu nak bendung serangan Wales yang pantas diketuai Bale. Tapi Skrtel jadi tumpuan media sebab dia dikatakan menyiku pemain Wales. Saya tak insiden itu dalam media sosial dan memang Skrtel bersalah tapi diselamtakan oleh pengadil.
England 1-1 Russia
Hanya Lallana wakil tunggal Liverpool yang turun dalam kesebelasan utama England pagi tadi. Milner turun disaat akhir, manakala Clyne, Henderson dan Sturrigde tak dapat peluang langsung. Kelayakan Walker mengatasi Clyne dibahagian bek kanan tak harus dipertikai. Walker memang nampak mantap dan saya rasa Clyne setara dengan Walker namun disegi kepintaran semasa menyerang Walker didepan. Clyne lebih efektif jika lawan dengan pasukan yang menyerang sebab dia memang gagah bila bertahan.
Hendo dan Sturridge lagilah tak layak main bukan sebab mereka kurang bagus dari opsyen Rooney atau Kane. Tapi kecegarsan mereka masih ditahap rendah bagi England melawan Russia yang main agresif. Perlawanan sebenarnya boleh diputuskan awal jika Lallana, Rooney dan Kane lebih tajam penyudah. Orang lain memang saya tak berapa endah sangat, tetapi Lallana memang cemerlang permainan, cuma kalau dia dapat ledakkan gol bila dia dapat peluang, harum nama kelab Liverpool yang membentuk permainan beliau. Milner masuk disaat akhir konon nak kemaskan tengah, tapi apa boleh dia buat dengan sekadar bebrapa minit permainann.
Gol England datang dari gol sepakan percuma Eric Dier. Itupun dah 3/4 perlawanan. Namun Russia menyamakan kedudukan disaat akhir. Tak pelik dengan keputusan sebab pengurus yang pelik bawa England. Hodgson patutnya tak letak Rooney pun tak apa dalam pasukan, buat semak sebab main diluar posisi sebagai pemain tengah. Baik letak Vardy sebab Kane memang keseorangan bila dalam situasi serangan. Lagi satu yang hairan kenapa bagi Kane ambil sepakan sudut, patutnya bagi pemain lain ambil dan Kane dok dalam kotak tunggu peluang.
No comments:
Post a Comment