Mentang-mentang Ibe makin corot musim ni, ramai peminat buat dia macam kain buruk. Ibe memang pakai baju latihan West Ham haritu, malah main bola lagi kat padang. Cuma dia main dengan Nathan Mavila pemain akademi West Ham, serta rakan lain. Jadi Mavila bagi pinjam baju terpakai Payet dan mereka pun main sepak-sepak bola. Tetiba akhir perlawanan datang peminat berselfie dengan Ibe masuk dalam Twitter dan maka terjadilah cerita Ibe bakal ke West Ham.
Apa pun kalau Ibe betul-betul mahu ke sana, Payet nak cari makan camna. Kita harap, West Ham bermurah hati tukar suka sama suka dengan Ibe. Kalau tak jadi pun kami tak marah. Cuma harap Ibe jangan pulangkan baju Payet tu. Balik rumah rebus air baju tu dan minum 7 hari 7 malam berturut-turut. Mana tahu aura Payet yang mengalir bersama peluh dapat berikan Ibe satu kuasa untuk jadi hebat, sehebat Payet. Yeeeehaaa.
No comments:
Post a Comment