Sumbangan beliau mungkin nampak tak seberapa berbanding Carragher atau Hyypia. Tetapi yang sedih ialah bakat beliau tersadai dihujung jalan dek kecederaan yang tak kunjung padam. Bukan setakat kebolehan main macam pemain tengah walaupun seorang bek, Agger punyai ciri-ciri kepimpinan melalui tauladan. Rasanya Skrtel banyak dibantu Agger sebelum ini sebab itu dia nampak tenang bersama Agger dulu, tapi dengan Sakho atau Lovren memang hampas sekali.
Macam biasa kalau korang pernah main pertahanan, kalau tak ada persefahaman memang barai. Contoh Skrtel dalam situasi sedang serbu lawan, dengan Agger dah tahu dia akan masuk rapat sebab memang itu perangai Agger dalam latihan camana. Tapi dengan Lovren atau Sakho mereka mungkin tak faham Skrtel dan Skrtel pula tahu rakan lain tak jaga dia, maka nak main macam biasa dengan yakin pun dah tak berani. Pemergian Agger bermakna separuh jiwa-raga Skrtel dah hilang.
— LFC Malaysia (@MalaysiaLFC) June 9, 2016
Salah sorang pemain yang cukup setia dengan liverpool.aku respek sungguh dengan dia nie.pernah dapat tawaran dari barca rase nye.tapi dia tak nak pegi.it is all about loyalty to the club.betulkan kalau aku salah bos...
ReplyDeleteBetul, Barca mahu nak ganti Puyol. Tapi awal2 lagi Agger yg tak mahu pindah. End of story
ReplyDelete