Formasi diatas menggunakan 4231, Sturridge mengepalai serangan. Dibantu Firmino dibelakang beliau. Coutinho disebelah kiri bahagian sayap dan Mane akan bermain disebelah kanan. Kalau dilihat macam tak seimbang sebab kiri tak laju tapi kanan laju kemain. Jangan risau ke-4 mereka fleksibel. Sturridge takkan pasak kat tengah, dia akan merempit kesebelah kanan jika Coutinho masuk ke tengah. Dan kepantasan Mane dan Sturridge akan memudahkan Coutinho melakukan lorongan dicelah pertahanan lawan, mencari antara mereka yang diposisi menjaringkan gol. Itu taktikal yang kita rasa Klopp bakal lettakan mengikut perkembangan sebelum ini.
Tetapi Mane dengan kepantasan dan juga kemahiran menggelecek, dia boleh sahaja bermain di 4 posisi berlainan, itu kelebihan beliau. Di Soton, Mane pernah bermain sebagai penyerang solo atau bergandingan dengan Pele dan Long dalam gandingan penyerang kembar. Klopp memang inginkan pemain sayap yang pantas dan punyai penyudah yang baik. Kalau nak yang lebih umpph rasanya Aubameyang boleh dikatakan ideal dan namun ianya adalah versi Lamborghini. Kiranya Mane ni versi Nissan Fairlady, berdesup juga jika pandai korek.
No comments:
Post a Comment