Jerome Sinclair dah lama sain kontrak dengan Watford, sejak bulan Mei lagi. Liverpool mahu dia kekal pada mulanya. Namun dengan ejen yang bernama Aidy Ward musuh utama kelab sejak kes Raheem Sterling, rasanya hasutan Aidy tak memungkinkan Liverpool dapat memenangi hati Jerome. Pemain ini baru 19 tahun, masa depan cerah sebab dia dibandingkan dengan Sturridge gaya permainannya. Di akademi Jerome, adalah bintang cemerlang, musim lepas tak silap dia menjaringkan 24 gol.
Nasib baik pemain bawah umur, walaupun dah habis kontrak, kelab baru kena bayar pampasan. Kes rundingan harga perpindahan rsanya tak mencapai kata putus. Dengar kata Watford hanya menawarkan £2juta pound sahaja dan tak mahu nak berginjak dengan nilai tersebut. Manakala Liverpool dengan hujah bahawa, potensi Jerome memang bakal meletop dan mahukan sekurang-kurangnya £5juta pound. Kita patut berterima kasih dengan jawatankuasa teribunal yang memihak kepada Liverpool dan dapatlah £4 juta hasil penilaian pihak teribunal.
Kita tak kisah kalau Jerome berjaya atau melingkup bersama pasukan Watford. Apa yang kita harapkan dia buat keputusan yang betul untuk dirinya bukan dengar cakap ejen beliau yang memang perangai haramjadah, yang tahu nak klepet duit komisen hasil dari perpindahan pemain. Harap maju jaya buat Jerome dan berusahalah sebaik mungkin kerana alasan di Liverpool mungkin tak dapat peluang sebab pemain senior memang hebat, tetapi di Watford kalau tak rebut peluang dengan Deeney dan Ighalo, rasanya 2-3 musim lagi kita boleh tengok dia kat JDT main Liga M.
No comments:
Post a Comment