Kita dah tahu geng Keluar #brexit berjaya memenangi pungutan suara untuk pemisahan United Kingdom dari Kesatuan Eropah. Kejayaan mereka disebabkan anak muda sedang tengok bola di Perancis malas pulang mengundi katanya. Maka geng Saluran 1, 50an keatas tolong tentukan masa depan buat mereka. Pemisahan dari EU ikutnya ada pro dan kontra bagi bolasepak UK, termasuklah pihak Merseyside yang mahu kekal dalam EU. Sebab apa Scousers mahu kekal sebab Bandaraya Liverpool mendapat banyak limpahan nikmat dari skim Eropah kerana status bandaraya bersejarah.
Dalam bolasepak, bila keluar dari EU, maka pemain dari Eropah nak bermain di UK kena dapatkan Visa Pekerjaan yang agak ketat. Jadi Akademi Liverpool akan tiada lagi pemain dari Sepanyol, Perancis, Jerman dan lain-lain negara Eropah, disebabkan pemain remaja juga bakal tertakluk dengan undang-undang Visa tersebut. Secara otomatik akademi hanya akan penuh dengan pemain dari UK dan mungkin itu juga satu yang nampak ada peluang pemain tempatan mengukir nama, macam zaman kegemilangan 70an dan 80an dulu. Tetapi jika kita dapat pemain tempatan bagus macam Owen , Gerrard atau Carragher, ianya satu bonus.
Perpindahan bakal jadi satu bebanan kepada Liverpool. Nak dapatkan pemain luar kena dapatkan pemain antarabangsa yang selalu main. Harga mahu tahu lah, pasti kena main dengan kelab penjual bakal pau gila-gila nanti. Jangan lupa, pemain tempatan yang sedia mahal contohnya macam Jamie Vardy, silap-silap bakal berharga dua kali ganda dari harga pasaran kini. Nasib baiklah kita dah ada ramai pemain antarabangsa Inggeris dalam pasukan. Jadi tak pening sangat berbanding Arsenal, City, Menyu atau Chelsea. Spurs mungkin tak berapa tergugat macamlah juga dengan Liecester.
Paling kesian ialah peminat yang nak tengok perlawanan diluar UK, pasti terkesan dengan karenah Visa dan tambang penginapan , dan juga harga tiket jika nilai Pound rendah dari Euro. Kita kat Malaysia lain pula, banyak berharap Pound jatuh melingkup, supaya jika jatuh serendah mungkin ada peluang nak pergi ke Anfield. Tapi kalau Ringgit Malaysia pun melingkup lagi sebab ada kesan dengan Pound, apa pun tak boleh. Tapi jangan risau segala kepala bana ini hanya akan berkuat-kuasa 2 tahun dari sekarang. Selepas itu FSG baru ada akal kalau nak teruskan plan perpindahan sekarang.
No comments:
Post a Comment