Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyifatkan seterunya di Old Trafford, Sir Alex Ferguson sukar untuk difahami ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) memasuki peringkat terakhir dengan baki tujuh perlawanan lagi.
The Reds berjaya memintas Manchester United di persada liga untuk beberapa jam selepas membelasah Blackburn 4-0 di Anfield tetapi melihat kedudukan itu dirampas semula Red Devils hasil jaringan bintang mudanya, Federico Macheda yang menang 2-1 mengatasi Sunderland.
Persaingan dua pasukan ini kian sengit dengan United mendahului satu mata mengatasi Liverpoool tetapi kurang beraksi satu perlawanan. Malah persaingan ini turut mempengaruhi permainan minda antara Benitez dan Ferguson dan jurulatih Liverpool itu enggan terpengaruh dengan permainan lawannya itu.
“Permainan minda adalah untuk pengurus yang mengalami kesan daripada permainan itu sendiri. Tetapi saya sukar untuk memahami Ferguson.
“Saya tidak kisah jika dia bercakap mengenai saya. Itu bermakna dia gelisah dan ia baik buat kami.
“Kebiasaannya saya fokus terhadap anak buah saya sebelum perlawanan dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan orang lain,” tambah Benitez.
No comments:
Post a Comment