Sepanjang minggu ini banyak forum2 peminat Liverpool seperti Est1892, Rawk, Bootroom dll, memperkatakan tentang masalah mengenai Keane, Babel dan Rafa. Antara isu berbangkit adalah ketika perlawanan antara West Ham tempohari, kenapa Rafa mengeluarkan Keane dengan memasukkan Ngog bukannya Babel.
Pada pendapat saya yang telah bersengkanng mata pada lewat pagi itu, banyak perkara yang peminat tidak ketahui seperti apa yang Rafa tahu. Ini kerana sepanjang latihan beliau dapat menilai tahap kemampuan setiap pemain untuk bermain dalam corak dan strategi beliau.
Bagi saya, walaupun selepas perlawanan Fulham, ramai peminat meminta agar Babel diturunkan setelah Torres cedera. Namun Rafa tetap memilih Keane berbanding Babel.
Rafa ada logiknya juga, kerana Babel bukannya penyerang tengah tulin, tetapi merupakan pemain penyerang sayap kiri. Posisi beliau hanya efektif dalam formasi 4-3-3 dan jika beliau diletakkan ditengah, beliau tidak berupanya membuka permainan kerana sering berlegar di bahagian sayap. Ini mengakibatkan tiada ruang ditengah untuk dieksploitasi.
Walaupun kemasukan Babel disaat-saat akhir nampak berkesan, tetapi ketika itu posisi ketika itu telah seakaan 4-3-3, dimana beliau bersama Ngog dan Kuyt bergandingan.
Setelah kehilangan Torres, hanya Keane dan Kuyt sahaja penyerang tulin yang dapat dijadikan sandaran, namun Kuyt telah diberi tugasan supanya bertindak sebagai sayap kanan. Lagipun Rafa sedar yang Keane memerlukan sokongan dari beliau untuk mengangkat kembali moral setelah ketandusan jaringan. Keane bukannya pemain sebarangan, cuma beliau mungkin agak belum dapat menyesuaikan diri dalam strategi catur Rafa. Dalam permainan West Ham yang berkampung sebegitu, Keane sepatutnya lebih tamak dengan melakukan percubaaan dan kurang melakukan larian untuk mengejar bola dari pihak lawan.
No comments:
Post a Comment