Musim ini walaupun agak terumbang-ambing sejak pertengahan November-Disember, Liverpool bangkit dengan 2 kemenangan setelah seri dengan Arsenal. Prestasi dan moral pemain2 kian meningkat. Begitu juga jumlah jaringan. Liverpool berada dibelakang Chelsea untuk jumlah jaringan iaitu 35 dan Gerrard merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 8 gol untuk Liga.
Dengan keputusan seri bagi Chelsea di Fulham, Liverpool meninggalkan the blues dengan 3 mata. Walaupun begitu ManU yang kurang 3 perlawanan dapat mengekori dengan 1 mata itupun jika menang baki 3 perlawanan lagi. Boleh dikatakan Arsenal dan Aston Villa sukar untuk merapatkan jurang namun prestasi kedua-dua pasukan tidak boleh diperlekehkan.
Walaupun eksperimen Rafa untuk mengilirkan pemain dan meletakkan kembali Keane ke bangku simpanan berjaya dengan kemenangan besar 5-1 di St James, namun batu asas untuk kejayaan sesuatu pasukan adalah meletakkan kesebelasan terbaik untuk setiap perlawanan.
Setelah kembalinya Torres dan Skrtel dalam pasukan maka Rafa hendaklah mempergunakan peluang ini untuk meletakkan skuad terbaik untuk menghadapi 2009 yang lebih mencabar. Mungkin dibantu dengan kemasukan pemain Sayap Kanan yang kompetitif untuk mencabar Kuyt dan Bennayoun untuk kesebelasan utama, pasukan akan lebih lengkap.
No comments:
Post a Comment