
Boleh dikatakan perlawanan di Eropah merupakan perlawanan kurang dari segi beradu kekuatan fizikal tetapi lebih menjurus kepada kepandaian taktikal pemain dan jurulatih. Jadi tidak hairanlah Lucas dapat menggunakan keupayaan beliau dan menunjukkan kebolehan sebenar beliau.
Secara tak langsung, posisi yang diletakkan oleh Benitez pada malam itu merupakan posisi kegemarannya, posisi pemain Tengah Menyerang (Attacking Midfield). Beliau juga tidak perlu risau untuk bertahan kerana gandingan beliau malam itu, Mascherano begitu mantap melaksanakan kerja-kotor dengan mengekang dan membantai pemain serangan PSV tanpa belas kasihan.
Lucas adalah punca utama Liverpool mendapatkan gol penyamaan. Sepakan percuma beliau amat tepat dan kemas untuk membolehkan Ryan Babel menanduk masuk mengatasi penjaga gawang PSV. Kredit juga boleh diberikan kepadanya untuk gol kedua kerana hantaran beliau kepada Reira membolehkan gol tercantik pada malam itu dihasilkan oleh pemain Sayap Sepanyol itu.
Saya tidak anggap Lucas tidak berkebolehan tetapi, beliau perlu menunjukkan kebolehan di Liga Perdana seperti mana yang beliau tonjolkan di Eropah, barulah beliau boleh dikatakan pemain yang bakal menjadi nadi Liverpool dimasa akan datang.
Sepertimana yang Rafa war-warkan ketika Lucas tiba di Anfield, beliau dilihat berpotensi untuk bakal menggantikan Gerrard apabila Kapten Liverpool tersebut sudah menggantung kasut kelak. Namun masih banyak usaha dan prestasi yang beliau perlu tonjolkan untuk meyakinkan Benitez dan juga peminat bahawa, beliau bukan sekadar singgah berteduh di Anfield.
No comments:
Post a Comment