
Mungkin tidak ada apa yang boleh diperkatakan tentang persembahan trio pemain muda yang masuk ketika separuh masa kedua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV Eindhoven tempohari. Namun bagi saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk pemain-pemain ini. Sesungguhnya Benitez tidak akan membuat sesuatu tanpa usul periksa. Setiap inci padang dan setiap detik diukur oleh Benitez selama dalam latihan untuk sesuatu pemain diletakkan sebagai pemain yang beraksi ketika perlawanan sebenar. Stephen Darby, Jay Spearing dan Martin Kelly masuk menggantikan Arbeloa, Reira dan Carragher. Mereka bertiga masuk menggantikan pemain kesebelasan utama Liverpool dan menjadikan pasukan Liverpool dibarisi pemain simpanan belaka.
Dari aspek permainan ini merupakan langkah permulaan bagi trio itu untuk membiasakan diri dengan perlawanan dan pertandingan sebenar. Dan dari segi moral pula ini sedikit sebanyak membangkitkan semangat dan kesungguhan untuk bersaing untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama untuk masa depan.
Walaupun Nampak macam Benitez melakukan eksperimen, namun boleh dikatakan eksperimen kali ini telah berjaya, berbanding eksperimen ketika perlawanan Piala liga menentang Spurs tempohari.
No comments:
Post a Comment