
Permainan awal pagi semalam menyaksikan sekali lagi Liverpool seri kepada pasukan yang atas kertas boleh dijadikan lauk. Seperti mana Fulham, West Ham juga menjadikan kawasan penalti mereka ibarat hentian bas, ramai menunggu disitu. Secara keseluruhan semua pemain bersungguh-sungguh bagi kedua-dua pasukan. Tiada insiden buruk cuma dan pengadil masih dapat mengawal dengan baik, namun insiden bola kena tangan Ilunga saja yang menghampehkan saya.
Cuma dari segi individu, Robbie Keane ternyata tidak berupaya bermain dalam taktikal Benitez atau mungkin beliau tidak mempunyai kualiti untuk menggantikan posisi Torres. Lihat saja kedudukan dan timing ketika berada dalam keadaan rakan membawa bola, dia masih berada ditengah untuk mengharapkan bola singgah dikaki. Dalam 65 minit beliau ditengah padang, hanya satu peluang saja yang betul2 boleh menghasilkan gol, namun terlalu tinggi sepakannya.
Lihat permainan Kuyt, walaupun tidak mempunyai skill yang tinggi, tapi beliau mempunyai kepintaran untuk melakukan serangan dan melakukan peluang2untuk menghasilkan gol.
Kehadiran Benayoun nampaknya menjadikan sebelah kanan Liverpool menjadi agak rapuh dan sering dijadikan sasaran Behrami dan Bellamy. Arbeloa ternyata agak tertekan kerana Benayoun sering masuk ke tengah dan membiarkan lawan menyerang dari situ. Namun rembatan beliau nyaris menghasilkan gol,tetapi Green ternyata hebat menepis keluar.
Reira pula boleh dikatakan OK sahaja, tidaklah terlalu menarik permainan beliau, hantaran pendek beliau amat bagus tetapi hantaran lintang kurang menjadi. Namun Reira sedikit sebanyak menjadikan Dossena lebih berkeyakinan kembali dan menunjukkan sedikit peningkatan kerana tidak meninggalkan posisi beliau dibahagian sayap.
Alonso merupakan antara yang terbaik dalam perlawanan itu dengan melakukan hantaran jauh dan dekat namun rembatan luar kotak beliau banyak tersasar.
Carragher dan Hyypia seakan tiada cabaran untuk Cole dan Bellamy, namun bagi saya Agger dan Carragher sepatutnya digandingkan kerana serangan udara dari West Ham amat minima.
Dari sudut bertahan Carragher nampak lebih menyerlah, namun dari segi serangan Hyypia nyaris2 menghasilkan 2 gol sekurang2nya dari sepakan sudut.
Reina pula bertindak cemerlang menepis percubaan minit2 akhir perlawanan akibat serangan balas West Ham dan kurang teruji dimint2 awal kecuali sepakan deras Bellamy yang mengenai tiang gol.
Fokus saya dalam perlawan ituadalah, Kapten steven Gerrard. Beliau seakan-akan terlalu tergesa-gesa dan tergopoh-gapah dan kerapkali remabatan beliau tidak mengenai sasaran. Dan insiden sepakan angin telah menunjukkan betapa beliau terlalu tedesak hingga hilang fokus.
Gerrard Miss - video powered by Metacafe
Namun itulah bebanan seorang kapten, terpaksa menunjukkan kepimpinan dan kesungguhan beliau, walaupun kekadangnya akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan kerana salah perkiraan.
Selayaknya, selepas ini Babel diturunkan menggantikan Keane dan digandingkan dengan Gerrard diatas. Kuyt diposisi sediakala Sayap Kanan dan meletakkan Mascherano bergandingan Alonso ditengah.
No comments:
Post a Comment