
Benitez pula telah mencuba Antonio Nunez yang diterima secara percuma sebagai pertukaran dengan Owen dari Real Madrid, tetapi hanya tampil beberapa perlawanan sahaja. Tetapi dengan meletakkan penyerang serba-boleh Luis Garcia yang dibeli dari Barcelona di sayap kanan, tampak ada sedikit keberkesanan beliau dan menjadikan posisi tersebut miliknya.
Steven Gerrard juga kerap diturunkan diposisi itu dan masih menyerlah dengan jaringan dan assist yang banyak dalam musim 2004/05, namun oleh kerana beliau amat gemar melarikan boleh dan masuk ketengah, terkial-kial Steve Finnan untuk bertahan apabila pemain bek kiri dan sayap lawan menyerang dari arahnya.
Apabila diberitakan Liverpool akan mebida bekas pemain sayap Arsenal yang bermain dengan Birmingham iaitu Jermaint Pennant ramai peminat termasuk saya, seakan bersorak gembira.
Ini kerana beliau antara pemain sayap yang berupaya mampu mengelecek dan melakukan hantaran lintang yang baik di Liga Perdana diketika itu. Namun disangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari. Pennant gagal meyakinkan Rafa dan persembahan beliau umpama yo-yo. Dengan perangai kaki botol yang tidak boleh diubah, sedikt sebanyak kesabaran Rafa terhadapnya hilang dan telah meletakkan beliau dalam senarai jualan.
Yossi Benayoun yang dibeli dari West Ham sebenarnya bukanlah pemain sayap tulen, tetapi merupakan perancang tengah . Lihat sahaja permainannya, kerap-kali beliau membawa ketengah padang dari melakukan hantaran lintang dari penjuru padang.
Tapi mungkin kalau Rafa bersetuju dengan saya, maka beliau mesti cuba kembali ke kelab lama beliau, Valencia untuk mencari jawapan untuk membuka sumpahan ini. Diberitakan kelab tersebut dalam dilema kerana mempunyai hutang yang mungkin memaksa mereka menjual pemain bintang mereka seperti David Villa, David Silva dan lain-lain.
Tapi dlam situasi bajet yang kurang, bukan David Silva yang saya maksudkan, tetapi Jouquin Sanchez. Pemain ini merupakan feberet saya ketika beliau masih bermain di Real Betis dulu. Dengan skill dan teknik yang tinggi, beliau merupakan calon segera untuk posisi Sayap Kanan apabila tingkap perpindahan buka semula Januari ini. Dengan wang perpindahan Pennant nanti maka boleh digunakan untuk membida pemain sayap antarabangsa Sepanyol ini. Mungkin kita tidak boleh melupakan perlawanan antara Real Betis melawan Chelsea, ketika peringkat kumpulan Juara-Juara Eropah musim 2004/05. Beliau membuatkan Gallas yang bermain Bek Kiri hilang punca dengan gelecekan dan tipu muslihat dalam setiap pergerakannya.
Mungkin selepas perpindahan bernilai 25juta euro ke Valencia, beliau kerap cedera dan mengakibatkan sedikit merosot persembahannya pada awal musim bersama Valencia. Namun musim kedua beliau agak menonjol dan kembali menghangatkan Primera Liga dengan hantaran, skil dan jaringan.
Dengan pengurus dan pemain Sepanyol yang ramai di Anfield, tidak mustahil beliau akan memilih Liverpool jika Rafa menunjukkan minat. Dan jika pemain seperti beliau diturunkan seperti perlawanan Stoke, Fulham dan West Ham yang bermain ultra bertahan, maka tiada masalah untuk kubu mereka dirobek dengan skill dan kelicikan beliau.
No comments:
Post a Comment