

Aku menyesal tak pergi ke kedai mamak layan bola malam tadi. Kat rumah apa boleh buat, nak sorak kuat-kuat nanti bangun habis satu rumah. Tapi kalau kat kedai perghhhh... macam kat Stamford Bridge aku rasa, bingit dan penuh dengan maki hamun serta pengulas-pengulas tak bertauliah akan memeberikan pendapat kalah Shebby Sigh.
Ok mukadimah disitu sahaja, mari teruskan dengan cerita kekalahan pasukan kita ditangan Chlesea dengan Torres melakukan hatrik pada pertemuan sulung. Oh maaf, itu mimpi saya kelmarin dan memang betul mimpi mainan tidur sebab saya lupa basuh kaki sebelum itu rupanya. Kita boleh tengok dalam blog bias Chelsea, mereka yakin 3-0 paling maksima, apa tak gerun dengar. Tapi bola itu bulat dan sepak guna kaki bukan guna mulut.
Gandingan 3 Abdul atau 3 Stooges Chelsea mana bisa praktik. Ancelotti akan main 3 hanya dengan meletakkan Moulada didalam 3 serangkai itu. Masuk Torres apa dia buleh buat, nampak takut dengan Carra atau malu dengan rakan lama. Tapi seingat saya tak sampai 10 kali dia sepak bola dan hanya dua percubaan. Memang berbaloi kita jual sebab sindrom bermalas-malasan masih belum boleh tanggal.
Tinggalkan pasukan veteran itu, apa cerita pula dengan pasukan kesayangan kita. Saya tak sangka sekali lagi Kenny buat kejutan formasi. 3-5-2 dah ditukar jadi formasi pokok krismas 3-2-2-2-1. Sungguh negatif dan tak vogue langsung. Takkan Kenny nak ambil alih Bapa Pemikir Bolasepak dari Rafa. Struktur permainan memang agak defensif tetapi bila menyerang tak keruan Chelsea.
Kenny ada berseloroh dengan Maxi yang beliau perlu tengok video bloopers Ronny Rosenthal, sebab cara mereka terlepas gol mudah memang sama sebiji. Tapi apa nak buat sebab kalau masuk awal tak saspen pula. Namun gol Meireles adalah yang terbaik dan tindakan spontan beliau akibat kebodohan Cech dan Ivana berebut bola. Sebelum itu pun dah nak bertumbuk pasal berebut bola juga.
Bagi saya kemantapan bahagian pertahanan setelah tanpa bolos 3 perlawanan adalah kunci kejayaan. Sebabnya kita punya penyerang utama masih belum pulih dan Suarez masih perlu sesuaikan keadaan fizikal dalam perlawanan bertempo tinggi. Tapi sayang Kenny tidak masukkan Suarez, bukan apa kot-kot ada sebiji dua dia bubuh lagi banyak modal buat peminat Liverpool :) Saya bukan nak buat provokasi kepada peminat Chelsea, tetapi mereka tidak faham yang Tuhan maha adil.
Jadi Kenny sudah ada hak meminta FSG memberikan beliau kontrak kekal. Plan masa depan sudah nampak dengan kemasukan dua pemain yang bakal meletop. Pemain yang sudah tak mahu main dengan kita dan yang tak boleh belah dan belah. Jadi FSG kena siapkan buku cek untuk Pak Kenny dan Commolli untuk dapatkan pemain mana yang mereka suka. Tiada siapa lagi yang sesuai. Kalau nak ambil Mourinho boleh kirim salam, sebab kita sudah ada jiwa hati kelab yang terbaik sebelum ini dan juga masa depan.
Akhir kalam, saya ucapkan tahniah kepada semua peminat Liverpool dan pembaca blog ini, kerana masih menyokong kelab yang dikatakan terlalu sandarkan pada kenangan. Sememangnya kelab kita ada sejarah dan bagi kelab yang baru naik kena respek dan jangan mudah melatah. Wof Wof.
kita dh jual barang bundle dengan harga butik..
ReplyDeleteterbaeekkk!!
ReplyDeleteada dok bising kata defensive sgt..tp rasanya taktikal tu kena ngan cara chelsea main menyerang cm org gila.. last2 kita yang score,depa harammm
laa ni boleh la kata.. "eleh chelsea je pon".
hahaha
biarlah apa pun formasi yang digunakan oleh king dalglish, yang penting menang. kita tunggu pula mangsa seterusnya. Insyaallah
ReplyDeletebravo KinG KennY..mlm tadi John Barns ada ulas strategi KennY menjadi sebab tk turunkan Suarez yg sebabkan si TorreK lebih tertekan utk score sampai tk blh nk main. well done LIVERPOOL
ReplyDeleteblog tu bukan takat bias chelsea shj...blog tu bias sekalian alam Manure.
ReplyDeleteynwa!
Jarr... pelingkup depa.
ReplyDeleteaku xder problem banter membanter nih..
even tgh 90an lagi syok..
modai Carlberg sj diorg boh..
zaman tu Chlesea who?
mungkin depa bekaih fan Newcastle xpon Blackburn xpon bekas LFC yg corrupt...
baik punya.... seminggu Chelsea dalam TV cerita pasal pembelian TORRES... takde berita langsung pasal kita beli 2 pemain hebat....(bagus juga)
ReplyDeleteNow sapa malu.... kita mampu menang tanpa Torres dan belom di bantu oleh 2 pemain hebat Baru kita... ternyata kita bermain dalam satu pasukan...
bro.. tajuk entry salah letak score le...
ReplyDeletebetol patut boh Chelsea 3-0 Liverpool..
ReplyDeletemmg silap
bro..mmg menarik la..fan2 chelsial smua sunyi sepi je lepas gem tu..speechless katakan..hahah
ReplyDelete4-2-2-2-1 cam formasi AC milan masa zaman klasik anceloti
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete