
Saya rasa perlawanan ini memang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak Liga Inggeris. Siapa tak mahu tengok Torres nak belasah bekas pasukkannya. Saya rasa dia dah sasar hatrik dan bonus kad merah kepada Carragher. Tapi macam mukadimah Hasbulah Awang, bola itu bulat tidak lonjong. Apa jua boleh terjadi kerana takdir tuhan dah tertulis. Cuma kita semua peminat bolasepak tak kira Kopster, Blues, Satan mahupun Gooner boleh cakap apa saja, apabila wisel dibunyikan barulah segala yang dijangka atau tak dijangka bakal berlaku.
Persiapan kita bagaimana agaknya. Takkan Kenny nak kitarsemula 3-5-2 macam bantai Stoke hari itu. Jangan respek sangat dengan Kelab Mafia Rusia ini, mereka hanya dibarisi oleh pemain yang dah nak pencen, pengalaman banyak tapi kalau kena hambat kesana-kesini macam kat Anfield sebelum ini, saya yakin Hodgson mesti cemburu. Saya boleh jangka perubahan drastik akan dilakukan dan Clarke yang sudah masak dengan Chelski sudah ada formula dan kira-kiraanya.
Dengan kembalinya Carragher, sudah pasti kejap mantap sedikit pertahanan kita. Macam yang saya petik sebelum ini, dia sudah praktik tomoi dan akan pastikan bukan Toyyes sahaja, malah juga Dogbra tak berani buat lebih-lebih. Acah saja, saya tak mahu semua itu berlaku. Pasukan kita harap main sebaik mungkin dengan azam untuk menang dan tunjukkan kepada Mat Toyyes, yang pasukan kita ada ambisi, cuma kena palat dengan Roy Hodgson awal musim ini.
Suarez pula telah berlatih dengan rakan sepasukan baru. Nak cakap besar pun tak mahu tapi, orang macam Suarez tak payah latih pun tak apa, sebab dia memang sejak azali ditakdirkan sebagai penggempur tulen. Saya rasa dia adalah sebiji macam Fowler, pejam mata pun tahu mana pintu gol. Disamping itu kemahiran gelecek dan kelicikan dan payah dibaca lawan merupakan pakej terbaik pemain itu. Laju tak usah cerita, bek Stoke makan asap kena potong hari itu.
Yang lain saya tak payah ulas, mereka semua macam telah minum air jampi Kenny. Dari macam kalihamput (hampeh), terus jadi bagus dari sebelum ini. Cuma konchesky tak mahu minum air jampi dan kena tendang pi Nott Forest. Itulah hebatnya Kenny, ikon dan lagenda kita. Ikut-ikut dia dah tak payah nak kerja dah, tapi kerana sayangkan Liverpool, dia terpaksa susahkan diri betulkan apa yang bengkok dan akan tinggalkan kita apabila pasukan kita sudah kembali boleh berdikari dengan pengurus baru.
Jadi tak perlulah risaukan apa jua keputusan yang bakal berlaku. Sebagai peminat Liverpool saya rasa kita perlu matang dan pedulikan apa yang telah berlaku. Kalah menang adat bermain, cuma saya harap perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang terhebat dalam sejarah bolasepak kita dan juga akan dingigat oleh seteru kita juga. Saya mahu kita main macam yang Kenny mahukan permainan cantik dan keputusan gempak. Ayuh Liverpool, kamu takkan jalan keseorang lagi.
Secara jujur aku agak bimbang jugak ngan team kita nih. Walaupon dengan kehadiran wira kita suarez tetapi dia masih baru dalam team nih. Kita kena lawan pulak dengan team yang tidak dinafikan kemantapanya di gelanggang lawan.
ReplyDeleteCuma dengan kerja keras dan semangat tidak mudah mengalah dari anak-anak buak King Kenny dapat mengimbangi pihak lawan seterusnya mencipta kejutan!
Ayoh The Red!!, mari kita tunjukan era kebangkitan kita!!!
Aku pun 'seram' dan suspen gak nak tnggu game tergempar ni (tambah pula dgn kes perpindahan pemain merah ke biru tu..) apa2 pun aku tetap trust si Kenny. Whatever outcome, harap2 la ia sesuatu yg boleh dibanggakan(menang BERGAYA ataupun KALAH BERMARUAH la)BUT aku harap2 la REDS menang. YNWA!
ReplyDeleteliverpool, do ur best!! kalau kalah,biarlah bermaruah!!
ReplyDeletein Kenny we trust...
ReplyDeleteaku mengharapkan kemenangan, sudah tentu.
ReplyDeletetapi kalau kalah, biarlah Torres tu patah rahang ditumbuk Reina ketika berebut bola di udara.
torres tak boleh pakai...
ReplyDeleteliverpool menang.. ahahhaa