
Kenapa diletakkan klausa tebus kontrak £20juta dalam kontrak Reina. Inilah kebodohan dalam pentadbiran terdahulu. Apakah mereka ingat kelab tamak lain takkan berani sentuh pemain kita dengan nilai sebegitu. Buatlah macam di La-Liga , klausa penebusan mereka sampai beratus juta bagi pemain bintang, sapa berani sentuh, kena tunggu kontrak habis baru boleh bincang. Sekarang ini krisis pencarian penjaga gawang telah lama dalam agenda Fergie .Fergie terpaksa cari pemain no.1 yang mantap dan berpengalaman setelah Van Der Sar bakal bersara hujung musim ini. Sasaran utama mereka mungkin Skalenteburg atau Neuer menurut akhbar, tapi mereka juga akan buat dajal dengan menjadikan penjaga gol kita sebagai calon utama.
Setelah mengamati komen Reina tentang perpindahan Torres ke Chelsea tempohari,nampak gayanya cara beliau macam setuju dengan perpindahan Torres. Dan ini mencerminkan bahawa dia juga ada hati kalau ada peluang. Siapa kata salah, tak salah jika beliau hendak kemana sahaja, namun biarlah sehingga habis musim barulah buka cerita, bukannya pada masa peminat sedang terkilan. Kita tahu kualiti Reina dan kalau boleh kita tak mahu akan kehilangan beliau. Namun macam kes Torres yang tiada siapa sangka akan terjadi insiden perpindahan itu, peminat sudah bersedia. Taida pemain yang lebih besar dari kelab. Ambisi kita tetap berterus walaupun tiada Reina.
Namun saya juga syak yang pemergian satu demi satu pemain Sepanyol dari Liverpool amat membuatkan beliau sedih. Bermula dari Alonso, Arbeloa, Reira dan akhirnya Torres hanya beliau yang tinggal sebatang kara dalam kesebelasan utama. Faktor itu juga Reina buat komen sebegitu. Apa taknya dalam Liverpool kem Sepanyol memonopoli kesebelasan pasukan ketika Reina mula-mula sampai. Makan satu hidang, buat lawak boleh gelak sesama sendiri, dan keluar bercuti sekali. Apabila tiada lagi itu semua lama-lama beliau rasa jadi kesepian. Entah betol atau tidak, tapi saya tengok Arteta kat Everton selamba saja sorang-sorang Mat Spain kat sana.
Satu lagi alasan mahu menang piala memang sukar kita penuhi musim ini kecuali Piala Europa, namun jika dia mahukan kita kembali ke persada Liga Juara-Juara tak mustahil namun agak sukar. Kalau nak pergi Man U juga sebab nak menang piala, itu mungkin bakal mengundang satu lagi kontervesi. Sebabnya tiada pemain Liverpool yang pergi ke kelab Syaitan itu berpuluh-puluh tahun dah. Jadi saya harap kalau Riena nak menang piala pun carilah seteru dari luar bukannya pesaing kita. Melepaskan pemain hebat satu hal, tapi kalau jual kepada seteru, seterusnya menguatkan mereka itu satu lagi hal yang tak boleh diterima. Saya harap Kenny dapat memberikan nasihat kepada Reina dan pemain itu dapat memberikan khidmat kepada kita. Kalau sebaliknya, saya rasa kita masih ada pilihan dan banyak masa.
btol3. apa2 pun, kna tggu abes musim
ReplyDeletesince 1964 belum penah ada perpindahan direct dari kelab ke any rivals.Even Owen pon pandai cover dari madrid pastu Magpies baru lompat Man U..tu pon masih kena sumpah seranah.
ReplyDeletekalau dia sunyi sangat keluar la jln2 ngan Pacheco.Kah kah kah
Reina jgk ada cita2 mcm Torres, nk menang piala utk diri sendiri..
ReplyDeleteWalaupn die sayang Liverpool, akhirnya akan blah jgk utk mengejar cita2..tambah pula pemain spain dh xder..
Harap King Kenny cari pemain spain lepas nie..
Reina kalo pg club lain ok je..tapi jgn MU.
Betul tu jgn jual reina tu kat team setan merah. Dulu x igt ke masa rafa nak beli Gabriel Heinz dgn tevez, Pakcik Alex kedaung tu xbg jual pd league contender t'utama Liverpool.
ReplyDelete