
Pasukan kita terpaksa membayar harga yang mahal dengan kemenangan dengan Chelsea. Kapten Gerrard , Skrtel dan pemain remaja sensasi, Kelly telah mengalami kecederaan selepas perlawanan itu. Menurut physioroom.com hanya Skrtel dan Andy Carroll tidak dinyatakan bila mereka bakal pulih. Kapten Gerrard pula akan pulih menjelang perlawanan dan bakal diuji kecergasan sama ada boleh diserapkan dalam kesebelasan utama. Berita baik juga apabila Joe Cole mungkin telah pulih dan diletakkan dalam bangku simpanan jika khidmat beliau diperlukan. Walau tidak dinyatakan dalam web analisis kecederaan itu, pemain muda Shevley dikatakan akan berehat 3 bulan.
Memandangkan masalah kecederaan yang melanda pasukan saya tak pasti apakah formasi yang bakal digunapakai oleh Kenny. Ketiadaan Skrtel mungkin diisi Kargiakios jika Kenny mahu mengekalkan formasi 3-5-2. Namun bagi saya inilah peluang untuk kita menonjolkan Danny Wilson kerana dengan formasi itu Skrtel yang hampeh pun tak nampak sangat kebadutannya. Lagi satu pasukan Wigan yang lebih gemarkan formasi 4-4-2 pastinya akan lebih banyak menggunakan kekuatan serangan dari sayap, kalau pasukan kita dapat mengunci pergerakan Nzogbia dan Moses. Malah serangan mereka agak merbahaya dengan gandingan Rodallega dan Di Santo.
Barisan tengah mungkin akan melihat perubahan jika Kapten Gerrard masih belum pulih. Gandingan Meireles-Lucas-Kuyt-Maxi akan diberi pilihan untuk mengawal permainan dari tengah padang. Taktik berlian (diamod) akan digunakan untuk kawasan tengah dengan Lucas sebagai pemain Sauh. Maxi dan Kuyt disebelah kiri dan kanan namun mereka takkan himpit ketepi kerana membiarkan bek bersayap, Johnson dan Kelly menyerang dari sana. Meireles bakal sekali lagi diberi peluang sebagai pemain dalam lubang untuk memberikan impak serangan dan ancaman gol serta membantu Suarez yang pasti diturun kan. Suarez bakal memberikan kerisauan kepada bek Wigan yang tak berapa kental setelah bocor 3 kali dengan Blackburn sebelum ini.
Walaupun ramai pundit atau penganalisa mengganggap Liverpool bakal menang mudah, tapi ianya tak semudah yang disangka. Saya rasa hanya dengan kerja keras pemain dan kelicikan Kenny serta latih-tubi Clarke, pasukan kita takkan mengecewakan lagi. Tiga mata boleh dicapai dan ianya akan membuatkan pasukan kita akan memberikan tekanan buat Chelsea dan Spurs untuk menggugat posisi 4 pasukan terbaik. Saya ulangi sekali lagi ianya tak susah tapi perlu kerja keras semua yang terbabit dan pemain ke-12 yakni peminat di Anfield juga perlu memberikan sorakan dan nanyian untuk menaikkan semangat pemain. Yakin Boleh. YWNA.
Sama ada formasi 3-5-2 @ 4-4-1-1, Liverpool mesti menangkis serangan Wigan dari sayap terutama dari Nzogbia, Victor Moses..
ReplyDeleteSuasana di Anfield harapnya dapat membantu pemain supaya lebih bermotivasi,serang kaw2 bg dpt bnyk gol..
Harap Suarez dpt score lg..