Lupakan Fabio Conterao, lupakan Jose Enrique dan lupakan Izzy Izaguirre. Lupakan semua bek kiri yang dimomokkan untuk menjadi pemain kita musim depan. Saya kurang berkenan dengan Conterao bukan kerana kebolehan beliau tetapi buat perabih pitih nak beli mahal sokmo wehhh... £20 juta pound bukan sikit. Jose Enrique dari Newscastle pun ada bakat tetapi saya pasti Newcastle akan letak takkan kurang dari £10 juta, untuk pemain bakal rampas tempat Capdevilla dalam skuad Spain. Dan bek kiri Celtic dari Honduras pula agak berisiko kerana bek latin tak pandai bertahan namun mantop menyerang.
Jadi dah semua tak sesuai siapa pilihan buletin Liverpoolkita. Senang sahaja, pemain itu peminat Liverpool dari kecil tapi naik dari Wigan sebelum disambar Everton. Takkan tak kenal Leighton Baines pemusnah Chelsea Piala FA baru-baru ini. Kebolehan beliau selain dari mantap bertahan (memang wajib bagi semua bek kecuali Konchesky sebab semua aspek dia lemah), dia juga mampu melakukan hantaran lintang serta sepakan percuma yang cantik. Saya merupakan pengkagum beliau dan berharap Kenny dapat memujuk Moyes menjual Baines dan tukar dengan Konchesky.
Cara beliau main amatlah menyusahkan bek dan goli lawan dan menyenangkan rakan yang pandai tanduk. Lihatlah berapa banyak bantuan gol yang diberikan oleh beliau. Teknik sepakan ala Beckham yang terus mencari kepala dan posisi yang mengancam kubu lawan. Patutlah selamba badak Cahill boleh bubuh gol tandukan banyak-banyak. Jadi dengan adanya Carroll pakar tandukan makan pelengkapnya ialah hantaran Baines. Jadi apa tunggu lagi Comolli jalan kaki saja sudah sampai ke Goodison Park dan pantau sendiri calon tunggal pilihan juri Liverpoolkita itu. Saksikan video hebat kompilasi Baines.
Bagus Baines ni.. saya sokong asalkan yang terbaik untuk LFC..
ReplyDeletehttp://merahsebenar.blogspot.com
Memang OK. Die punya crossing pn lawa..
ReplyDeleteTapi nk ker si Moyes tu terima offer dari jiran sebelah?
http://sembangliverpool.blogspot.com/
hard to get but not impossible..dont think owner Everton sanggup jual ke Liverpool..mesti dia jual mahal.+ engliah player..kompem tak kurang 15 juta beb!
ReplyDeletedirect football, tak payah nak gelecek2 tak tentu pasal, kasi cross satu hantaran power punya sudahhh... sesuai ngan style klasik Liverpool.
ReplyDeletetapi Everton tak mau jual kot....