
Melihat pada formasi dan kesebelasan utama semasa lawan Wigan saya agak optimis kita boleh menang. Apataknya kita bermain lebih offensif dengan 4-2-3-1 dengan Suarez masuk dalam kesebelasan utama. Pada mulanya saya ingat ketiadaan Kapten Gerrard dan Agger pasti tidak akan terasa sangat. Namun apakan daya impian untuk menang keatas Wigan tak kesampaian.
Seperti komen Kenny, perlawanan antarabangsa telah merencatkan persembahan pasukan kita. Agger, Johnson, Kuyt, Meireles dan Lucas adalah beberapa pemian kita yang terbabit hampir 90minit bersama pasukan kebangsaan masing-masing. Paling malang ialah Agger telah mengalami kecederaan dan beberapa pemain lain seperti Meireles dan Kuyt terpaksa direhatkan awal dalam perlawanan Wigan kerana keletihan.
Itulah antara faktor yang saya tidak sangkal penyebab keputusan sedemikian rupa. Namun masalah lain ialah pemain simpanan seperti Ngog dan Jovanovic yang diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka amat mengaibkan sekali. Tak ada langsung menguatkan pasukan tetapi sekadar jadi penumpang saja pada malam itu. Saya ingat mereka ini patut dijual pada perpindahan Januari lalu. Perabis beras.
Meireles sekali lagi tunjukkan keberkesanan beliau sebagai penjaring gol dari bahagian tengah. Teknik sepakan beliau amat baik dan banyak kali gol cantik beliau sumbat dengan cara sebegitu. Keluarnya beliau fungsi serangan seakan mampus ditangan Jovanovic. Kuyt pula walaupun agak kurang berkesan malam tadi agak baik berbanding Ngog yang lebih macam tunggul kayu. Perabis Beras.
Saya rasa lebih baik Kenny mainkan 3-5-2 kembali kerana dengan formasi itu pasukan kita lebih stabil dengan skuad yang sedia ada. Kita belum bersedia menggunakan formasi 4 bek dibawah kerana bahagian tengah amat lemah kerana ketiadan Kapten Gerrard. Agger juga patut main walaupun sakit kerana lebih sakit hati tengok Skrtel main. Perabis Beras.
Akhir sekali saya tak nafikan peluang kita uuntuk menang ada dengan kelibat Suarez. Namun dengan permainan jijik dan kasar pemain wigan terutamanya Ghohuri (penjaring gol offside) dan Cardwell (maskmen), mereka telah diberikan peluang oleh pengadil yang seakan berat sebelah. Malah gol penyamaan saya rasa memang gol curi ayam (offside). Namun apakan daya, peluang kita untuk keslot Liga Juara-Juara nampak kian jauh. Namun nasib baiklah Sunderland kantoi dengan Spurs.
Kita sepatutnya boleh menang utk game ni.Apakan daya bnyk pemain letih.
ReplyDelete2nd half performance agak teruk. Masing2 tgk xde mood main & bahagian tengah tenggelam bila Meireles kluar..
Kemasukan Ngog & Jova mungkin taktikal yg ingin diuji Steve Clarke. Namun memang kedua2 xbleh pakai..Dua2 striker tapi langsung xde ancaman kt kubu lawan..
Akhir skali, jual kedua2 pemain nie adalah keputusan yg bijak utk transfer yg akan datang..
Jual free pun aku tak kisah.. memang BeNgong la...
ReplyDeleteJust dont good enough! thats the problem yang Liverpool hadapi in many years before..Not consistent and Liverpool punya player on the bench awful at all..!! Apapun slot liga juara-juara kian mustahil untuk dicapai walaupun secara matematik kita masih boleh..tetapi honestly..SANGAT JAUH!
ReplyDelete