
Gila apa Kenny 6 orang pemain pertahanan. Macam takut dengan bala tentera Stoke. Tapi itulah Kenny dia amat yakin dengan apa yang dilakukannya. Main pi lah hatta dengan 10 orang pertahanan pun mesti boleh menang punya. Itulah yang kita sebagai peminat tak perlu ragu malah kena yakin dengan kemampuan untuk membawa pasukan musim ini dan mungkin musim depan jika diberikan peluang oleh FSG.
Walaupun main dengan 6 bek, permainan kita tetap positif adan lebih menyerang berbanding ketika era Hodgson. Walaupun 2-0 dah memadai buat hari ini namun kalau tak kerana kebangangan pengadil kita boleh dapat penalti kerana sah-sah penjaga garisan nampak tapi buat dek bila Huth tepis bola dengan tangan. Kalaun Sian Massey sahih dia bagi penalti kat kita . Raul Meireles yang gila gol diharap jangan makan ubat supaya lebih gila segila gilanya.
Setelah dengar yang Suarez sudah boleh main, saya rasa pagi ini ada sinar cahaya dan buah baik untuk peminat. Memang betul, masuknya beliau sebagai pemain gantian terus memberikan gol sulung pada penampilan sulung (walaupun gol sendiri kononnya). Budak gigi arnab ini memang terlalu yakin. Dan ini pasti akan memudahkan peminat melupai nama bekas pemain kita yang saya sudah lupa nama apa ntah, Torak kot nama dia.
Jadi kita sudah mendapat tangkal tuah kita kembali. Tapi itu semua hasil titik peluh semua pemain yang saya anggap tiada pemain yang buat dajal dalam pasukan. Tiada lagi pemain yang kuat merajuk lagi dalam pasukan dan semua yang tinggal adalah hero kita seadanya. Jadi kita sudah bersedia untuk hadapi Chelsea ahad ini dan harap Torres bersedia untuk patah kaki atau rongak gigi.
ahad lwn chelsea harap poulsen dan krygiakos dapat turun dengan tugas mematahkan kaki traitorres
ReplyDeletehahaha... amaran naa buat tores. dia takot punya.. merajok gila babeng aa kena tackle nanti. haha
ReplyDeleteSuarez ade gaye macam T****S(tak bleh sebut...alergi!!) la...memang gaye-gaye seorang penyumbat gol!!!...caya la!!!. Cumanya sepakannya masih segan-segan lagi...maklomlah orang baru..!!
ReplyDeleteP/s: Suarez!! ..lenkali kalu mau sepak, kasik hentam kuat-kaut, kasik pecah itu gol pon tak per!!!....yeaaahahhh!!
Arnab buka sebarang arnab wooo.. lincah tu.
ReplyDeleteRasanya si Torres mcm dah ada rasa mnyesal ler. Sebab ada lagi hero yg lebih hebat dari dia muncul. tulah, Suarez ajak berpartner, berlagak nak mampus. Tunggu je tengkorak hidup "Skrtel" patah2kan kaki dia.
match yg pling mnggembirakan musim ni. mgkin d sbbkan harapan bru yg lahir.trima ksih daglish n owner.trima ksih, trima ksih dan trima ksih...
ReplyDeleteperlawan pertama terbaik tuk Suarez..^_^
ReplyDeletegol di hadapan penyokong sendiri, giler la~
king kenny memang sesuai dengan gelarannya
ReplyDelete