
Salam sejahtera semua. Sudah lama Unit Teknikal Bolasepak Liverpoolkita goyang telur makan gaji buta. Kajian dan tesis nampaknya sudah lama tak dianjurkan, almaklumlah sama macam bolsepak Malaysia yang diterajui FAM, lapuk dan pemalas serta tak boleh ditegur. Jadi pihak kami telah ditegur oleh FIFA kerana tidak memaparkan artikel berbentuk ilmiah bukan macam blog yang suka hanjung menghanjing ntah apa-apa parodi tak habis-habis. Lantak kat depa lah.
Kali ini dengan bakal berlangsungnya perlawanan hebat, perlawanan terpanas bagi kita musim ini melawan Skuad Syaitan Merah (bukan saya yang reka nama ni diorang yang sendiri gelar), Liverpoolkita akan menjangka yang Sultan Kenny pasti menggunakan formasi agung 4-4-2. Ingat saja-sajakah saya tulis jika tiada asbab yang berfakta. Ini kerana beliau telah mempunyai set pemain yang boleh digunakan untuk formasi klasik itu dan juga lawan yang gunakan oleh Syaitan.
Dengan adanya Carroll dan Suarez ianya sesuai gandingan kecil-besar ikut skema bolsepak Inggeris. Gerrard @ Lucas @ Meireles @ Spearing boleh digunakan ditengah. Kuyt @ Meireles @ Maxi @ Cole @ Jovanovic bakal bersaing diposisi sayap kanan dan kiri. Bek tengah Carragher @ Skrtel @ Agger @ Kargiakos boleh main disana. Johnson dikanan dan Wilson dikiri. Reina di gawanng. Jadi tak lengkap lagi formasi dengan set pemain sedia ada.
Persoalannya sekarang adakah kesemua pemain yang saya senaraikan mempunyai kualiti untuk posisi masing-masing. Untuk penyerang saya rasa sudah lengkap tapi tiada gantian ideal kecuali Kuyt. Ngog tak boleh harap. Bahagian tengah pula agak memeningkan kerana jika nak kekalkan Gerrard pemain macam Lucas diperlukan namun mana nak letak Meireles yang suka buat gol. Pemain sayap sedia adansemuanya tiada yang berkualiti menjadi pemain sayap yang berkualiti. Faham tak, maksud saya buat cukup korum, nak pintas bek dan hantar lintang pon tak cun.
Bahagian pertahanan buat masakini lengkap kecuali bek kiri sahaja tanpa pemain berkaliber. Dengan cederanya Kelly, Johnson kembali ke Kanan dari kiri. Makannya Wilson mungkin Agger akan diletakkan ikut situasi. Bek tengah amat ok jika Skrtel tak main. Sekarang pilihan adalah antara Kargiakos atau Agger, dan jika Agger ditolak kekiri maka Kargiakos saya syorkan kerana Skrtel telah conteng arang dimuka Kenny acap kali sebelum ini. Reina yang sedang terima tawaran 100K seminggu masih ditiang gol, musim depan tak tahu pula siapa.
Jadi formasi ini adalah yang paling klasik, asas, lapuk, skema dan apasaja istilah kamus FIFA, yang mudah diguna pakai dan banyak kelebihan, namun paling saya nampak kelemahannya diatas pasukan kita ialah kawasan bertanda xxx dalam gambarajah diatas (kartun hitam kita, merah-putih lawan). Banyak kali kita lihat, pemain tengah kita terkapai-kapai mengekang pergerakan lawan dikawasan bertanda xxx. Gol pertama West Ham, berpunca dari kawasan xxx. Saya anggap xxx adalah kawasan Segitiga Bermuda kita.
Jadi untuk membuang masalah itu musim ini (musim depan kira lain), saya syorkan Lucas kena main macam Hamann yang tercongok depan 2 bek tengah. Mampus pi lah kerja menyerang biar Gerrard dan pemain lain fikirkan masalah itu. Lucas tak perlu susah susah nak naik keatas wa'imma lawan main dengan 10 orang. Sebab apa pemain pertahanan kita nampak saja otot berketul tapi nak kejar lawan cam siput. Itulah saja caranya nak gunakan formasi 4-4-2. Kalau tak lebih baik main formasi lain yang lebih banyak pemain tengah atau pertahanan risiko kurang tapi nampak tak gah ke Inggerisannya.
guna 4 2 2 2 ok gak kan?
ReplyDeleteya.. mofasad.. genius
ReplyDeletenko adik angkat Steve Clarke kot..
4-2-2-2
cun utk team kita skrg..
tiada winger sejati...
maknanya tiada crossing utk Carrol
pity...
bg aku 442 ok..4231 formation pn ok..
ReplyDeletekalo main 4231, boleh je letak suarez kt sayap kiri, carroll as target man sorang..
bila tgh menyerang. otomatik jadi la 433..suarez main dlm uruguay pn posisi penyerang kiri, forlan tgh , cavani kanan.so xder masalah..
442 pn no hal...
laaaa..
ReplyDeletehg dok lepak kat kk jugak ka?
aku slalu lepak kulim dulu.. memba2 ramai sana.. aku org penang.. orite2.. nanti aku balik mesia aku roger hang... pkena sup dia.. kaliyau wooo... perrrggghhh!!