
Apa maksud skuad kita tak dalam sangat? Dalam bahasa bola "Squad Depth". Cakap senang kat bangku simpanan tak ada pemain kualiti. Contoh terbaik bila Gerrard cedera, siapa yang masuk ganti, Kaka... eh Poulsen rupanya. Memang itulah penyebabnya pasukan kita hampir saja boleh menang EPL dua musim lepas dek kerana tiada pemain gantian yang berkualiti. Satu lagi dengan adanya pemain sebegitu, barulah persaingan sihat yang lebih produktif dalam kekuatan pasukan. Contoh lagi saya ambil pasukan Spurs. Cuba kira berapa penyerang utama mereka ada , pemain tengah, bek dan goli. Saya ingat walaupun terdapat krisis kecederaan pasukan mereka tiada masalah untuk memasukkan pemain gantian yang hampir sama dan mampu bermain walaupun tak sebagus kesebelasan utama. Jadi untuk musim ini dah terlambat buat kita, namun saya harap pemain sedia ada macam Spearing, Poulsen, Jovanovic dan Cole serta Ngog dapat berikan persembahan sebaik mungkin walaupun saya anggap musim ini adalah musim terakhir buat mereka.
No comments:
Post a Comment