
Sememangnya siapa boleh sangkal kemampuan Aurelio sebagai bek kiri mantap selepas Riise. Namun khidmat beliau bersama pasukan kita hanya ciput berbanding Riise, 129 berbalas 252 jika dikira dalam 5 tahun perkhidmatan. Selebihnya Aurelio banyak menghabiskan masa mengambil cuti sakit. Walaupun tak siapa mahu sakit dan cari penyakit, saya rasa keputusan Hodgson mengambil Aurelio kembali saja cari sakit. Dalam perlawanan dengan Man U dia sekali lagi cedera dan keluar padahal ini adalah penampilan pertama setelah MC hampir dua bulan tak sepak bola.
Nak tahu kenapa dia dilepaskan oleh Rafa Benitez sebelum ini. Sebabnya Pak cik Rafa dah nampak yang Aurelio sudah jadi liabiliti dek kerana kecederaan, walaupun memiliki abiliti yang hebat. Jadi dia memberikan kepada Aurelio, kontrak ada main ada duit (pay as you play). Namun ditolak dan terpaksalah Aurelio balik kampung tanam jagung selama hampir 3 bulan. Tak tau kat bomoh urut mana Aurelio pergi berubat, tup-tup dia lulus ujian kesihatan lantas Pak Hodgson terus memberikan kontrak 2 tahun.
Namun musim ini, dikala bek kiri yang dibeli tak boleh pakai yakni Konchesky dan dilepaskan ke Nottingham Forest sampai habis musim. Insua juga dipinjamkan ke Galastasaray dari awal musim, Aurelio pula jadi macam ini. Nasib baiklah Kenny ada opsyen dengan mainkan Johnson dikiri dan agak mantap walaupun tak secekap Aurelio bertahan. Wilson juga diberikan peluang namun dia sekadar bagi cukup korum kerana dia sebenarnya bek tengah. Jadi bagi saya sememangnya kehebatan masa lampau Aurelio tak boleh jadi ukuran, dan dia saya kategorikan tak berbaloi. Maaf jika saya agak keterlaluan tetapi ianya pahit tapi benar. Sila lihat statistik dibawah sebagai panduan.
mengharapkan kembalinya insua..
ReplyDeleteSayang Aurelio..main mantap tapi cepat injured..
ReplyDeleteJohnson baru nk merasa balik feel main kt kanan kene tukar blk main kt kiri..Apapun Johnson mampu bermain baik walaupun main kt kiri..