
Tiada hadiah yang paling istimewa buat Kenny Dalglish sempena hari lahir ke 60 iaitu hadiah kemenangan keatas Man U di Anfield. Kalau dilihat dari awal sebelum perlawanan kebanyakan pengulas sukan akan menjangkakan Man U akan mengayamkan pasukan kita, namun sangkaan mereka meleset. Pasukan Arsenal patut berterima kasih kepada kita kerana memudahkan kembali kerja mereka dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris
Dirk Kuyt telah mempamerkan aksi unggul dengan jaringan hatrik, walaupun kesemua gol tersebut mudah bak makan kacang. Tapi hero belakang tabir yang patut diberi pujian ialah Luis Suarez. Ketiga-tiga gol Kuyt itu adalah berpunca dari beliau. Gol pertama bermula dengan Suarez dirasuk saka Messi dengan menggelecek 4 bek ayam Man U, dan melorongkan kepada Kuyt. Gol kedua mungkin silap Nani, tapi hantaran lambung Suarez ditanduk Nani kebelakang dan Kuyt menyambutnya dengan tandukan mudah kedalam jaring. Gol ketiga Kuyt dengan menyudahkan bola muntah setelah Suarez mengambil sepakan percuma yang gagal Van Der Sar selamatkan.
Tapi insiden buruk tak dapat dielakkan. Carragher sepatutnya dibuang padang, tapi apa nak buat Phil Dowd hanya memberikan kad kuning setelah Nani mati dibunuh Carragher. Cuba selak baju pengadil itu mesti dia pakai jersi Liverpool kat dalam. Tapi Rafael juga terlepas sama macam kes Carragher, setelah membantai Lucas sampai nak koma. Pengadil mungkin nak berlaku adil atau nak tutup malu insiden terdahulu dengan sekadar beri kad kuning. Paling saya tak puas hati ialah ramai pemain yang cuba melingkupkan kaki Suarez tapi dibiarkan pengadil. Sokong Liverpool apa macam ni Encik Dowd oi.
Bak kata Kenny, menang dengan Man U bukan segalanya. Tapi bagi peminat menang dengan Man U sama seronok umpama menang Liga. Tambah pula seronok kacau daun takkala mereka berusaha mendapatkan 19 kali kejuaraan liga untuk menandingi pasukan kita. Namum kita jua kena kembali ke realiti yang pasukan kita belum sampai ketahap yang diharapkan. Menang dengan pasukan kuat tapi kantoi dengan pasukan corot. Kita mahu selepas ini dengan adanya Carroll dalam pasukan serta Suarez yang kian menjadi aset penting dalam pasukan, pasukan kita boleh menang dalam apa jua keadaan. Tahniah semua.YNWA.
Aku terlalu gembira di atas kemenangan LIVERPOOL dalam mengatasi MU 3-1. huhuhu.. semalam aku bersorak melompat sehingga tidak dapat mengawal emosi. Sehinggakan peminat MU terdiam kaku. hahahah. sukenya... kembali king daglish bermakna kembali pasukan kita sebagai "king of the field" hiuhuuhhuuhhuuh,,,
ReplyDeletekemenangan terbaik liverpool.yeay~
ReplyDeleteHahaaa..TERBAIKKK..
ReplyDeleteSuarez memang terbaik. Defender MU xleh kawal Suarez.
Mr Dirk Energizer Kuyt memang bertenaga sepanjang perlawanan. 1st hat-trick for LFC.
ha ha seharian aku pakai jersey liverpool
ReplyDeletekuyt lagenda baru liverpool!!
ReplyDelete