
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kombinasi terhangat yang menjadi buah mulut orang bakal bergandingan bersama dalam kesebelasan utama. Carroll-Suarez atas kertas adalah gandingan klasik pemain tinggi-rendah dan gagah-pantas. Bagi saya unit serangan tiada masalah kerana mereka berdua sangat digeruni lawan dengan keupayaan individu mereka. Carroll mempunyai kehebatan tandukan serta dapat mengawal bola dalam perebutan diudara. Suarez pula dan mempunyai teknik dan akal yang licik. Boleh kata macam gandingan klasik Heskey-Owen tetapi versi yang dipertingkatkan.
Jika penyerang kita digeruni, lain pula dengan pemain sayap kiri dan kanan. Dengan kemasukan Suarez, Kuyt pasti akan kembali keposisi asal sayap kanan. Dan Maxi pula seperti biasa dikiri. Macam kita tengok lawan Braga, tiada sumbangan langsung pemain sayap untuk melakukan larian ke tepi, melainkan cuba bergerak ketengah. Lucas-Meireles pula perlu lebih aktif meminta bola dan menggunakan ruang kerana acapkali mereka dipintas oleh pertahanan kita dan banyak bola lambung dari pertahanan cuba mencari Carroll. Macam kenny cakap, kelebihan Carroll diudara tapi jangan pula berlebih-lebih kerana lawan mudah membaca taktik lapuk itu.
Bab pertahanan juga amat leceh sekali. Saya tak yakin langsung dengan Wilson, sebab dia tak beri sumbangan langsung ketika serangan. Memang dia cakap boleh main, tapi setakat bagi cukup korum, kualiti yelek. Lebih baik bagi Agger main disana jika beliau pulih ataupun main Carragher di kanan dan Johnson sebelah kiri. Pertahanan tengah dengan gandingan Agger-Skrtel lebih ampuh untuk hadapi Gyan dan Welbek yang panntas. Jangan letak Kargiakos, bahaya. Nanti senjata makan tuan. Kepantasan dua penyerang Kucing hitam itu mesti kuncio oleh pemain pantas, walaupun serangan udara akan digunakan oleh Steve Bruce.
Teakhir sekali,saya harap pengadil kena adil. Tanda-tanda dendam pemain Ghana terhadap Suarez jangan diambil mudah. Muntari dan Gyan pasti takkan duduk diam, walaupun buat kenyataan sudah lupakan insiden Piala Dunia tempohari. Mereka akan kenakan Suarez, dengan apa jua cara. Tapi saya harap juga Suarez jangan bertindak jika ada provokasi dari negro Gahana itu. Saya juga harap pemain kena main dengan keupayaan sebenar dan kurangkan bola lambung. Nak terlampau yakin menang pun tak berani, tapi dengan adanya Suarez, saya boleh rasakan pasukan kita boleh menang tetapi dalam margin yang kecil. Yakin Boleh, YNWA.
No comments:
Post a Comment