
Dalam banyak-banyak lambang, kenapa lambang Setan yang dipilih. Tak bolehkah guna lambang berhemah macam singa, meriam, burung atau babun. Ini tak dipilihnya pula lambang kejahatan. Bila ditegur sama perangai dengan budak Black Metal mereka marah. Nak marah apa kan sama-sama jadi pemuja Setan. Cuma beza antara mereka adalah peminat Man U adalah dari kultus Setan Merah. Merah bermaksud berani tak macam geng Black Metal penakut, jumpa JAKIM lari berterabur.
Seperti yang saya bebelkan sebelum ini. Pasukan mereka hanya bernasib baik kerana naik selepas kejatuhan pasukan dari Merseyside selepas era 90an. Kalau tak kerana menang Piala FA 1989, Ferguson dah kena pecat dah dan mungkin mereka tidak berada dalam keadaan selesa sekarang. Ferguson merupakan seorang manusia yang mempunyai tuah yang banyak mengatasi Hang Tuah. Apatidaknya tanpa keris, sekadar kunyah gula-gula getah ,dia mampu membuatkan pengadil tunduk layu dengan maki seranahnya.
Tak pasti kali ini orang tua itu akan dapat mengelak dari dikenakan tatatertib dari FA Inggeris. kalau terlepas juga maknanya kabel yang ditanam dalam badan bolasepak Inggeris itu masih kuat dan masih dapat menghasilkan kuasa dan aura kesetanan. Kalau pengurus atau pemain lain yang mulut tak berinsuran macam itu pasti kena gantung tak bertali. Lihat sahaja kes Rooney, pengadil ingat dia tengah adili perlawanan Tomoi kot atau pun dia nampak isyarat RM atau nyawa dari bangku simpanan Man U.
Persetanlah mereka, yang penting pasukan kita sudah bersedia dengan kekuatan dari pemain utama dan juga bangku simpanan. Mungkin kita takkan lihat Suarez-Carroll bergandingan sehingga 90minit, namun mungkin dihujung permainan, mungkin. Kuyt mesti main penyerang utama macam lawan Chelsea kerana barisan pertahanan Man U tak sekuad mana kerana ketiadaan Rio dan Vidic. Suarez disebelah kiri dibantu Meireles dan Maxi. Gerrard dan Lucas akan mengawal ditengah. Barisan pertahanan akan lebih matap jika Agger dan Carragher ditengah dengan Johnson dan Wilson disebelah meraka. Reina yang belum komited dengan kelab masih digawang.
Saya menjangkakan kali ini banyak aksi dan kad berterbangan. Kad kuning sudah pasti dan merah menanti. Namun saya harap pemain kita ambil iktibar jangan jadi macam kapten Gerarrd, terbang sambil membentes adalah kesalahan mandatori. Jangan terlalu ikut perasaan tetapi guna akal untuk mengalahkan Setan yang guna semua jentera kerajaan untuk mengalahkan kita termasuk, pengadil, penjaga garisan, penjaga masa dan juga SPR (FA inggeris). Nak kata pasukan kita tak kuat tetapi pasukan Setan hebat bukan boleh dibandingkan dengan 2 kekalahan terdahulu. Di Anfield, hanya pasukan corot sahaja boleh menang (sedih tapi benar), namun tidak bagi pasukan kuat lain.
Nak tulis banyak pun dah malas sebab kepala masih penuh dan pening dek penangan ubat selsema. Saya harap diberikan kesihatan untuk sama-sama menyaksikan perlawanan di Kedai Mamak esok malam. Sambil pekena roti tisu dan teh tarik, dapat juga melihat dan mendengar sorakan serta laungan kedua-dua peminat setia yang pasti akan datang dengan pakai jersi tak ori pasukan kegemaran masing-masing. Disamping itu saya rasa akan ada sebilangan peminat Arsenal yang akan masuk menyusup macam Pegawai Cawangan Khas bukit Aman (SB) menyokong Liverpool dan berharap pasukan kita menang untuk kesenangan pasukan mereka juga dikemedian hari.
go liverpool~ #YNWA
ReplyDeletekite bakor ..bakor..bakor..
ReplyDeleteSetan merah mlm nie..
misi mesti menang..
ReplyDeletexrela melihat gaya Rooney selepas score gol dipertontonkan di depan peminat the Reds..
-http://sembangliverpool.blogspot.com/
..dan Kenyalang terbang tinggi...setan merah kena bungkus jadi lauk...nani nangis macam tahi...muka fergeson pun dan hampir2 nak jadi setan merah tahap tertinggi melihat anak2 ayamnya di lahap...dah memang setan memang setang bodoh nak mampus,tak lah sekuat mana pun..TAHNIAH Utk Semua Pemain Liverpool dan peminat..malam tu KITA JUARA.....
ReplyDelete