
Karma buat Sunderland kerana gol belon setahun baru dibalas. Kali ini penalti sonsang diterima kerana penjaga garisan lupa pakai kanta lekap. Spearing dijatuhkan berbatu-batu jauh dari kotak penalti tapi apa nak buat dah orang kasi takkan nak tolak ye idak. Silap Mensah juga, konon nak buat skil, nak dada bola pun tak reti, dah kantoi apa lagi pangkas kaki lah. Nasib baik Bramble ada kalau tak lagi awal beliau keluar. Kuyt yang memang pakar gol mudah tak bagi peluang kepada orang lain untuk buat nama untuk gol pertama. Patutnya kasilah dekat Carroll, biar dia ada semangat sikit, sebab dia dan Torres nak kejar gol pertama untuk kelab masing-masing.
Pemain terbaik kita musim ini, Suarez, menjadi duri dalam daging buat pertahanan Sunderland. Mereka bergilir-gilir membantai Suarez. Tapi nasib tak baik apabila sampai giliran Mensah, dia tibai Suarez dari belakang dan pengadil tanpa belas kesian bagi kad merah. Setiap gerakan dan larian Suarez dijejaki pertahanan Sunderland, tapi apa boleh buat, gol kedua muncul apabila Kuyt seakan ada kuasa telepati melakukan hantaran kepada Suarez dan pemain itu memintas Bardsley dan merembat masuk dari celah sisi gawang. Siapa sangka yang dia akan rembat kerana dalam kedudukan sukar dan ruang sebegitu.
Namun sebaliknya berlaku dengan Carroll, dia masih belum temui rentak dan tempo rakan-rakan. Bukan apa, tak banyak bola tinggi sampai macam sebelum ini. Malah saya rasa dia agak kekok untuk main atas sendirian, kerana di Newcastle Ameobi akan main atas dan beliau agak kebelakang. Tapi masih awal lagi untuk kita menilai pemain yang baru pulih dari kecederaan. Tapi ada sekali apabila kamera fokus kemuka beliau setelah direhatkan, kekecewaan nampak jelas. Tapi jangan risau saya yakin Carroll akan sumbat gol sebelum Torres sempat berbuat demikian. Sekejap tadi Torres masih belum buat gol walaupun helsea menang 2-0. Padan muka.
Dari andaian sebelum ini, saya pasti Maxi akan main, tapi meleset sungguh. Spearing lagi sekali dapat tempat. Legalah sikit berbanding kalau Pulsen main, ngeri. Tapi dah main 4-4-2, Spearing berganding dengan Lucas dan Meireles terpaksa main dikir. Kuyt turun pangkat dikanan. Kiranyanya ekperimen kali ini agak berjaya walaupun pasukan kita main berterabur cam taik kuda. Kemasukan Agger juga membuatkan pertahanan kita lebih mantap dan Skrtel tak buat haru lagi. Johnson tetap mantap walaupun dikiri dan kapten Carragher sudah kurang lambung bola tinggi setelah main di bek kanan. Dan beliau juga tak segan silu turut serta melakukan serangan, tapi masih dalam mod berhati-hati.
Posisi ke-6 mungkin lebih realistik untuk kita walaupun masih ada 8 perlawanan lagi selepas ini. Spurs masih ada baki 1 perlawanan, walaupun hanya berbeza 4 mata dihadapan. Tapi jangan dilupa, Bolton dan Everton tetap mengejar kita dengan 5 mata. Setiap perlawnanan selepas ini teramat penting dan saya harap pasukan kita perlu mendapat mata penuh untuk memberi tekanan buat Spurs serta menjauhkan diri dengan 2 pasukan bawahan. Kalau nasib baik, masih ada sisa peluang ke Eropah, tapi kita jangan bergantung harap dengan keputusan Spurs kerana keputusan sendiri juga teramat penting. Jangan risau peluang masih terbuka walaupun misi kali ini agak sukar. Dengan adanya Suarez saya yakin kita didalam landasan yang betul.
SU0v2LP by FootballSoccerHighlights
Aku mengalami tekanan jiwa melihat corak permainan Liverpool mlm td.walau pon menang,tp standard permainan Liverpool mlm td mcm team Wigan dgn Birmingham je.menang pon sbb nasib dapat penalti dan dol individu Suarez.Takda pon gol dari gerakan2 cantik sepasukan yg sepatutnya sinonim dgn Liverpool.
ReplyDeletesetuju dengan Marilyn . maybe sebab Gerrard tak ada kot . haha .
ReplyDelete