Memang kita akur pemain-pemain senior sedia ada untuk posisi Bek Kiri memang tak nampak jalan. Aurelio kerap cuti sakit. Konchesky dan Insua dipinjam keluar dan pastinya takkan diserap kembali . Pemain remaja seperti Flanagan dan Robinson masih perlu banyak belajar dan akan diserapkan berperingkat peringkat. Maknanya sebelum musim baru bermula kena dapatkan juga. Tidak boleh tidak.
Saya anggap berita ini tidak benar dan mainan spekulasi serta berita kurang masak. Adakah layak pemain 30an bakal dibeli untuk kukuhkan posisi bermasalah Bek Kiri. Pemain tersebut dah banyak kali dikaitkan dengan kita, semenjak dari zaman muda di Southampton hingga dah nak bersara kat Man City . Siapa lagi kalau bukan Wayne Bridge. Pengalaman memang banyak tetapi kebolehan beliau terbantut banyak kali sebab cedera. Dulu memang saya setuju jika beliau diambil masa kat Southampton, memang bagus sangat permainan dan masuk ke Chelsea terus buatkan Greame le Seux kena jual.
Kenny diharap tidak mengambil jalan mudah jika cubaan mendapatkan Enrique atau Clichy terhalang oleh kerana saingan atau kelab mereka tidak mahu berkompromi untuk melepaskan mereka. Masih banyak lagi pemain luar dari Liga perdana Inggeris yang hebat-hebat untuk posisi itu dan masih muda dan bergetah. Paling saya inginkan ialah bek kiri Lyon , Ally Cissokho. Mantap, pantas, bertenaga dan segak hitam manis orangnya.
jambatan sudah patah sudah patah!!
ReplyDelete