
Keputusan Maxi Rodriguez untuk beredar dari Anfield mungkin kerana tidak mahu menjadi pemain simpanan jika pemain sayap baru bakal dibeli. Sebenarnya saya rasa Dalglish masih memerlukan pemain berpengalaman seperti Maxi yang tiba-tiba meletup selepas sahaja Roy Hodgson dipecat. Saya tak pasti samada Maxi dapat meneruskan persembahan terbaik beliau musim depan, tapi saya pasti Maxi dah temui rentak beliau sejurus kedatangan Kenny. Entah jampi apa Kenny pakai, kebanyakan pemain kurang menyerlah ketika era Hodgson semua menjadi.
Walaupun faktor umur dah mencecah 30 tahun dan bukannya dalam polisi FSG untuk mempunyai pemain tua, tapi setiap pasukan yang berjaya perlukan dua-tiga orang Otai supaya tekanan dari segi mental seimbang. Lihat Man U musim ini, walaupun ramai pemain muda namun Giggs, Scholes, Ferdinand masih perlu untuk menunjukkan contoh dan memberikan pemain muda tunjukajar untuk memahami corak dan sistem permainanan. Terbalik pula dengan pasukan Arsenal, dek kerana rata-rata pemain meraka bawah umur, maka apabila dalam situasi yang terdesak mereka gabra sebab tak ada pemain tua yang dapat mengawal keadaan.
Tapi kalau Maxi nak juga balik ke kampung dan bermain dengan Newell Old Boy, apa daya Kenny untuk menghalang. Kita terpaksa menerima seadanya dan pastikan pengganti Maxi kelak dapat bermain sebaik Maxi atau lebih baik dari beliau. Calon pengganti Maxi mungkin telah ada dalam senarai Comolli dan Kenny, tapi pilihan Liverpoolkita adalah Santi Carzola dari Villareal.
OMG!! permain saat akhir khidmatnya menjadi..plz kekal maxi..kalau x mau kekal aku nk tukar maxis kpad celcom!
ReplyDeleteNO PLAYER IS BIGGER THAN THE CLUB. YNWA!
DeleteMasih teringat kenangan2 indah Ngog..(mata pandang atas sambil kedua2 tgn dibahu)
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/