Setelah tak jadi ambil Aquilani, Juventus telah alih sasaran, kali ini mereka mahu bersaing dengan Inter Milan untuk dapatkan pemain hebat kita Meireles. Paling tak sedap dengar ialah mereka hendak buat pertukaran suka sama suka dengan menghadiahkan pemain tengah Brazil mereka Philip Milo. Saya rasa ini satu pertukaran berat sebelah kerana Milo yang diberikan adalah Milo basi. Tengok perkembangan belaiu di Serie A memang tak boleh belah, tak kad kuning kad merah itu saja yang saya dengar dari pemain yang Wenger cuba dapatkan sebelum ini.
Saya akur yang kelab terpaksa jual Raul kerana pemain Portugis ini seakan tamak dengan meminta digandakan gaji padahal baru setahun beliau di Anfield. Jadi Raul telah diberikan pilihan samada untuk kekal dengan gaji sedia ada atau dijual kepada kelab lain jika itu yang dirasakan terbaik untuk beliau. Jumlah £13.5 juta pound, mungkin tak seberapa memandangkan beliau menunjukkan persembahan memberangsangkan musim ini dan kelab kta mahu buat sedikit untung. Tapi harapan kebanyakan peminat Liverpool, harapnya Raul tak akan dijual kerana beliau boleh digunakan dalam pelbagai posisi. Cuma sekarang pilihan ditangan Raul sendiri.
No comments:
Post a Comment