Setelah Martin Jol diangkat jadi pengurus baru Fulham, dia telah batalkan segala perancangan pembelian pemain yang Mark Hughes rencanakan. Salah satunya ialah pembelian balik bekas hero mereka, Paul Konchesky. Jadi terkedu seketika Comolli dan Kenny tak tahu nak buang mana Bek Kiri hampeh itu. Tapi semalam dengar cerita Wolverhampton serta Portmouth beria-ia mahukan Konchesky musim depan. Mungkin besar kemungkinan Konchesky akan memilih Wolves, tapi opsyen kedua ialah Pompey. Namun yang menjadi masalah ialah dapatkan mereka menawarkan gaji lumayan yang macam pemain itu dapat tiap-tiap minggu di Anfield lebih kurang 600,000 Pound Sterling.
Jika Liverpool berjaya menjual Konchesky, maka ruang untuk membawa bek kiri baru yang lebih mantap akan lebih cerah. Kita memang tak perlukan Konchesky walaupun sebagai tukang susun kon atau tukang gilap but. Dia merupakan bek kiri paling teruk, dan lebih teruk dari Dossena kerana mamat Italy itu ada juga bubuh gol dengan kita. Ini semua salah Hodgson yang tak pandai nak pilih pemain, ikut sukahati saja, padahal masih ramai lagi bek kiri yang berkaliber boleh dibeli pada masa itu. Malah Hodgson juga terlepas pandang untuk menaikkan Flanagan ataupun Robinson yang menyerlah dibawah kendalian Dalglish.
hahhaha..2 kelab bodoh berebut daptkan player bangang..hahahaha..kasi cepat jual ini botak..menyemak!
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/