Aku kalau Mascherano masuk Man U aku tak kisah sangat sebab dia yang sendiri belah ker Barcelona. Lagipun pemain macam dia masih ramai dalam dunia. Tapi aku cukup tak puas-hati kalau insan yang aku hormati yakni Xabi Alonso cuba dipancing oleh Fergie. Orang tua tu tengah mencari pemain tengah yang main ala diktator dan dapat membuka permainan setelah Paul Scholes bersara akhir musim ini.
Fergie memang cerdik, dia nampak kehadiran Nuri Sahin ke Real Madrid bakal mengganggu tempat Xabi sebagai kesebelasan utama. Corak permainan Nuri mungkin lebih agresif dan pantas, maklumlah muda trang tang tang, baru 22 tahun. Malah sekarang jika dikira pemain tengah Real Madrid dah hampir sedozen yang berebut dua posisi itu. Dalam usia 29 tahun, Xabi tahu dia masih perlu bersaing, kerana Mourinho takkan puashati jika tak boleh jadi juara.
Sepatutnya Dalglish cuba tanya-tanya Real Madrid tentang Alonso sebelum nak ambil Charlie Adam. Sebab apa, dalam temuramah sebelum ini, Alonso sendiri jawab beliau akan kembali jika Liverpool datang merisik beliau kembali. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat beliau dimanja oleh peminat. Saya rasa tak salah bawa kuda tua yang mampu menaikkan kembali pasukan kita, sebagaimana beliau lakukan sebelum ini.
aku teramat setuju ngan cdgn ko...
ReplyDeletememg ak gembra gle kalo xabi dtg balik liv..
cara die maen tlah buatkan team liv berbeza dr team laen..hope he comes back to us!! YNWA