Penyerang AC Milan ini bukan kali pertama dikaitkan dengan kita. Sebelum ini awal musim, ketika dibawah kendalian Hodgson, Cassano telah cuba dibawa ke Anfield dari Sampdoria. Tapi apakan daya, mungkin sebab pengurus tak glamer atau peluang bermain pada kejohanan Piala Europa dianggap lekeh, maka Cassano telah memilih AC Milan akhirnya. Padahal dia dah tahu yang saingan di sana amat sengit dengan pemain hebat seperti Pato, Ibrahimovic, Robinho serta Inzhagi. Sampaikan jersi pun pakai no.99, nampak sangat melukut ditepian gantang.
Saya bukan Pak Nujum yang boleh tilik nasib orang dan tahu samada Cassano boleh berjaya atau tidak jika dibawa untuk memantapkan serangan kita. Namun melihat rekod peribadi beliau, dia ini kaki melawan dan terlalu bangga diri. Malah sebagai penyerang rekod peribadi beliau paling hebat pun setakat 14 biji gol semusim. Malah sepanjang kareier beliau bersama Bari, Roma, Madrid, Sampdoria dan terkini Milan, setakat 76 gol dari 276 penampilan. Ini cukup tak berbaloi menurut pendapat saya, kalau nak beli penyerang ini.
jgnlh bwk sampah dlm skuad kita..memag x minat langsung cassano..dari cassano baik bawak castello!!
ReplyDeletehuhu...btoi2
ReplyDeletemmg xbest pun mamat ni,dlu aku tgok br je masuk sbg pemain gantian pastu jarigkan gol sbb penalti..mmg xingat dunia la,kene kad kuning..pastu main kejap wat kasar,terus buang padang..klu ni la liverpool nk ambik,bnyak la besi buruk dlm team ni.
ReplyDeletejangan bawak pemain italy, tak gemar sungguh aku hehehehe!
ReplyDelete