Perlawanan ini sesungguhnya adalah ulangan kepada apa yang terjadi di Anfield dulu. Ingat lagi tak, Liverpool menguasai keseluruhan perlawanan, namun kena 3 biji. Sebentar tadi keadaan yang sama tapi Southampton pula menguasai perlawanan dan kita pula yang bubuh 3. Nak kata Southampton tiada peluang, hampir 6 kali juga mereka macama nak dapat gol , namun segalanya serba tak menjadi buat mereka dan nasib disebelah kita.
Apa yang saya nampak Liverpool taklah main cermat sangat, namun bermain dengan pelbagai taktik. Ketika pegang bola, pasukan kita taklah terlalu nak pegang lama-lama, dan selalu nak lepaskan kepada SAS cepat-cepat. Ianya ada baik dan buruknya. Sampaikan kita tengok Coutinho tak boleh main langsung dengan taktik main kalut dan dia kena tukar dengan Sterling terus dalam babak kedua.
Kebaikan bermain dengan cara itu membuatkan pemain tengah Soton, tak mampu nak ikat dan bendung mana-mana pemain kerana mereka terpaksa naik turun sentiasa. Mujurlah kereta kebal mereka, Wanyama masuk separuh kedua, kalau masuk awal lagi agak susah juga sebab pasti taktik mereka nampak lebih kemas. Saya paling teruja dengan Luke Shaw bek kiri Soton. Dia adalah pemain terbaik Soton dan amat sesuai untuk jadi bek kiri kita musim depan.
Saurez telah kembali menggegarkan jaring lawan setelah sunyi beberapa perlawanan. Itu belum pakai but bersulam kait lagi. Gol pembukaan Liverpool hadir pada minit ke 16. Bola lontaran keluar dari Johnson kepada Suarez. Beliau menolak kepada Sturridge, sambil berlari kedepan. Sturridge terkantoi, dan bola sampai kepada bek Soton yang cuba menyelamatkan bola. Tetapi apa yang berlaku bola terbias kepada rakan dan sampai cun kepada Suarez yang meledakkan gol melepasi Boruc.
Separuh pertama Coutinho dah hilang punca kerana Liverpool tak main pegang bola dan penyerang terus kedepan buat larian bukan main balik dengan beliau. Jadi tak berapa lama separuh kedua bermula, Brendan melakukan pertukaran genius dengan memasukkan Sterling menggantikan Coutinho. Kemasukan Sterling memang bawa tuah, sebab dalam minit ke 58, hasil lorongan Gerrard kepada Suarez. Suarez masuk dari tepi dan melintangkan bola cantik untuk disudahkan dengan selamba oleh Sterling. Liverpool selesa 2-0 didepan.
Kita mungkin ingat 2-0 dah cukup dah sebagai bekal bawa balik dari St Mary. Namun tiba-tiba dalam serangan kilat dari sebelah kiri, bola dapat kepada Suarez dan dalam keadaan satu lawan satu dengan Lovren, Suarez bertindak bijak masuk mencelah melalui bek Soton yang hanya mampu menerjah kaki Suarez untuk penalti disaat waktu kecederaan. Abang Long Gerrard tanpa disuruh mengambil peluang menambahkan koleksi gol penalti dengan merembat padu untuk menjadikan 3-0 sampai wisel penamatadibunyikan.
Brendan dalam wawancara berkata beliau tak halang peminat dari bermimpi tentang kejuaraan Liga, namun dia cuba sedaya upaya menjadikan itu suatu realiti dalam setiap perlawanan demi perlawanan. Apa yang diucapkan beliau amat merdu didengar dan tiada ego dan tiada nada sombong. Harap pemain dapat berikan yang terbaik dan tidak hilang fokus kerana bakal berehat dua minngu disebabkan perlawanan antarabangsa ,sebelum bertandang ke Old Traffod.
akhirnya terhapus jugak badi tak menang dengan soton di st mary. liverpool sesuai dengan game play sekarang ni, tiki taka tak sesuai dengan liverpool.
ReplyDeleteBolehkan kita mulai berandai andai juara?
ReplyDelete