JARINGAN WISTON REID |
A) Kesemua pemain bersedia dalam posisi masing-masing. Suspek utama Reid sedang dikawal Lucas.
B) Sepakan diambil pemain WHU, suspek utama mencilok masuk dicelak kelompok bek Liverpool.
C) Tomskin mencelen bola tinggi dan berjaya mengatasi Henderson. Tandukan beliau ketengah penalti Liverpool. Reid telah bersedia setelah masuk ketengah yang kosong.
D) Olej kerana tiada siapa yang menghalang beliau, dengan mudah Reid menolak masuk bola kedalam gawang.
JARINGAN DIAFRA SAKHO |
A) Noble membawa bola dari tengah, tanpa dikejar pemain tengah Liverpool. Sakho membuka ruang dibelakang Moreno.
B) Moreno sedang mengawasi rapat Sakho. Sakho cuba melakukan sepakan atau hantaran mencari Valencia pada mualanya.
C) Bola sepakan Sakho melambung tinggi melepasi Mignolet. Mignolet telah berada terlalu luar dari gawang.
D) Bola melintasi Mignolet yang hanya mampu memerhatikan bola kerana dah tak mampu nak kejar. Valencia memastikan bola masuk dengan menanduk dari dalam gawang gol.
JARINGAN MORGAN AMALFITANO |
A) West Ham melnacarkan serangan tinggi namun berjaya ditanduk keluar oleh M.Sakho.
B) Tandukan Sakho masuk kekawsan tengah yang taida langsung pemain Liverpool disana kecuali Downing.
C) Downing nampak Amalfitano sedang membuat larian. Lovren menuju kearah Downing dan cuba mengasak. Gerrard tak perasan Amalfitano dibelakang.
D) Downing melepaskan hantaran cermat kepada Amalfitano. Gerrard cuba menghadang bola namun gagal. Skrtel berada sebaris dengan Amalfitano ketika iu.
E) Skrtel bersedia untuk mengejar bola yang dikantoikan Gerrard. Gerrard dah tak mampu bangun setelah melakukan bentesan tanpa bayang tadi.
F) Amalfitano berjaya mengelak terjahan Skrtel. Beliau melakukan sepakan leret kearah pintu gol. Mignolet macam kena pukau hanya mampu melihat dengan selamba bola melintasi depan beliau dan masuk kedalam gawang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak kerja kena dibereskan untuk memperbaiki sistem pertahanan yang makin hambar. West Ham telah berikan pengajaran kepada Brendan yang Liverpool bukan lagi pasukan yang seperti musim lepas. Walaupun pembelian dibahagian pertahanan mencapai 50juta pound, ianya bukan jaminan pasukan kita dah berjaya mengurangkan masalah tetapi nampaknya makin parah. Barisan serangan tidak mampu tolong mengurangkan defisit gol kerana kehilangan Suarez belum dapat diganti.
rasanya 2 musim sudah liverpool betul2 bernasib baik menang di upton park
ReplyDelete