Rekod Aston Villa di Anfield memang cemerlang. Tanpa Benteke, Villa masih mampu membawa pulang 3 mata berharga dari Anfield. Persedia mereka rapi. Lambert letak taktik dan formasi sekadar untuk seri dan kemenangan adalah bonus lumayan buat mereka. Berbanding pula dengan Brendan Rodgers yang meletakkan pemain yang masih belum diadun didalam acuan sempurna dan membirakan pemain terbaik dibangku simpanan. Sterling memang perlu di tatang dengan rapi, namun pemain yang patut rehat bukan beliau tetapi Henderson dan pemain yang baru pulih seperti Lallana.
Seperuh masa pertama Liverpool hanya main hantar-hantar bola kesana-kemari. Memang taktik Villa nak tengok pasukan kita buat hantaran kemas sebab mudah bagi mereka untuk hanya berada dalam kotak penalti untuk menyerap serangan. Balotelli nampak begitu terasing. Dah tu pula, dia kena buli dengan Senderos supaya Balotelli mengamok. Nasib baiklah Balotelli masih bisa mengawal nafsu. Kalau Suarez yang kena buli macam itu, tak kena gigit tangan silap-silap cuping telinga rabit sebelah. Pengadil bukan tak nampak insiden itu, tetapi kalau dah Balotelli mengamok, baru nak cakap pemain kita itu naik hantu.
Penampilan sulung, Lallana tak memuaskan tetapi kita akur beliau masih perlukan masa sebagaimana kita tengok Henderson dan Allen terkial-kial kena bahan seawal penampilan mereka. Lallana mungkin seidkit kna kejutan budaya sebab di Soton dia jarang ambil peranan untuk bertahan sebab itulah nak terjah bola namun kaki lawan juga yang dapat. Balotelli juga masih belum klik dengan corak permainan menyerang pasukan yang menyusun Bas Ekspres depan pintu gol. Kita juga beluum lagi menyaksikan gol-gol hebat beliau , cuma ada sekali itupun terkantoi bias kaaki bek lawan. Markovic nampak agak kemas, namun dia juga masih malu-malu nak menonjolkan diri sebab jarang kita tengok dia menggunakan kebolehan menggelecek dan sekadar bermain selamat.
Insiden gol bakal dibincangkan dalam Edisi Siasat nanti. Dan kita akan tengok samada jaringan Agbonlahor itu boleh diselamatkan atau memang pemain Villa itu memang hebat. Kesimpulan dari perlawanan yang kita tonton sampai lewat pagi ialah Liverpool masih perlu perbaiki aspek pertahanan, bukannya kena beli pemain pertahanan lagi dan lagi. Bertahan secara berkumpulan ialah cara yang lebih berkesan dan berjaya mengelakkan kebolosan demi keobolosan. Goli perlu bantuan Bek. Dan Bek pula perlukan kerjasama pemain tengah. Kerjasama itulah diperlukan untuk menambahkan kemapuhan bila kena serang tak kiralahlah di tanah atau diudara.

No comments:
Post a Comment