Kalau tak sebab faktor Liga Perdana Inggeris, tak ramai peminat bolsepak boleh sokong pasukan kebangsaan England dalam Piala Dunia mahupun Piala Eropah. Saya bukan peminat, tapi sikit berminat sebab dah sokong Liverpool mahu tak mahu mesti kena tengok prestasi pemain kita itu. Tak mahu imbas jauh, gostan balik ke Piala Dunia Brazil, pencapaian England tersangat tahi, walaupun pemain Liverpool paling ramai dalam sejarah.
Benda yang lepas tak guna nak kenang tetapi selagi pengurus lapuk macam Hodgson pegang, tak kemana England. Perlawanan dengan Norway pun setakat menang penalti, camna nak menang Euro16 nanti. Pemilihan si Shrek sebagai kapten buat ramai pening. Sebagai kapten patut dia kena menonjol, tetapi nampak sangat Sterling dan Sturridge buat Rooney jadi ayam berak kapur, tak tahu apa yang dia buat dalam perlawanan itu. Saya tengok Welbeck masuk lagi cun dan rajin dari Shrek.
Tajuknya nak cerita pasal Sterling, namun mukadimah terlampau panjang. Maaf. Prestasi Sterling dengan Liverpool musim lepas meletop dan dia dibawa ke Brazil terus dalam kesebelasan utama. Habis Piala Dunia, Suarez dah blah, Sterling jadi pemain utama Liverpool musim baru ini. Sepatutnya Hodgson kena buat macam Rodgers letak Sterling sebagai penggerak utama dibelakang penyerang utama. Sterling bukan sahaja kreatif dan pandai gelecek, dia juga sudah memperkemaskan sentuhan penyudah.
Jika jodoh Pak Hogdson panjang dengan England, dia akan selamat jika skuad England diacuankan disekeliling Sterling bukannya Ross Barkley. Sterling tak macam Barkley yang kaki reput mudah kerap cedera. Sesuaikan corak permainan dengan apa yang Brendan terapkan di Liverpool. Kepelbagaian Sterling boleh main banyak posisi itu satu bonus, cuma itu boleh digunakan jika England sedang dalam mod corak serang hendap.
Saya pun mulanya tak percaya yang Sterling boleh main macam penyerang, tetapi awal-awal musim dah sumbat 2 gol dari 3 perlawanan, musim ini tak tahu berapa dia nak sumbat. Kadang kala orang cakap dia muda lagi tak patut beri tekanan takut terbantut. Cuba tengok Messi dan tak jauh si Owen sendiri umur sebaya Sterling dah jadi pemain utama. Muda atau tua bukan ukuran tetapi jika orang itu bagus, dia secara semulajadi akan jadi hebat dan matang melangkaui usia. Saya nampak dia boleh mengatasi kelejenan John Barnes jika kena caranya.

FA England sama bangang dengan FAM
ReplyDelete